Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kelantan Kena Ambil Cakna...

BANGI - Kerajaan Kelantan tidak menunjukkan tanda positif mengambil cakna kajian dan dapatan...

Tun M Tolak Perlawaan...

Dalam satu kenyataannya kepada pemberita pagi ini (Ahad), mantan Perdana Menteri, Tun Dr....

Kerajaan Tanggung Rugi RM1.25...

PUTRAJAYA - Kerajaan menanggung kerugian kira-kira RM1.25 juta sehari ekoran keputusan kerajaan Selangor...

Pendapat Perundangan Akibatkan 1MDB...

KUALA LUMPUR : Pendapat perundangan yang diberikan oleh seorang rakan kongsi sebuah firma...

Panik! Sang Bedal Muncul Kali Ke-2 Di Sungai Klang

KLANG – Kampung Padang Jawa di sini menjadi tumpuan sejak petang semalam apabila kelibat seekor buaya tembaga sekali lagi muncul di permukaan Sungai Klang.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, reptilia tersebut dikatakan timbul di celah permukaan beting pasir ketika air sungai surut.

Penduduk, Mahyuddin Mohd Yusuff, 33, berkata, lokasi itu menjadi tumpuan apabila sang bedal itu tidak berganjak walaupun orang ramai sudah mengerumuni kawasan sekitar.

Menurutnya, penduduk kini bimbang kerana reptilia berkenaan muncul di kawasan terbabit.

“Penduduk bimbang kerana ramai antara kami menjadikan sungai ini sebagai tempat memancing.


“Selain itu kawasan kampung ini juga sering dilanda banjir, kami bimbang buaya ini terlepas masuk seterusnya membahayakan keselamatan penduduk,” katanya memetik Harian Metro.

Pada April lalu, seekor buaya dengan anggaran ukuran enam meter dilihat menyusuri Sungai Klang berhampiran landasan transit aliran ringan (LRT) di bandar Klang.

Kejadian itu menggemparkan penduduk namun setakat ini tiada laporan mengenai ancaman reptilia itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori