Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Akui Dapat Tawaran, Fouziah...

PELAKON Fouziah Gous yang kini sedang hamil anak kedua berkata walaupun dia mendapat...

Beyonce Dan Jay Z...

WALAUPUN masih belum mengesahkan dirinya sedang berbadan dua, banyak pihak mengandaikan penyanyi terkenal...

Polis Nafi UFO Berlegar...

KOTA BHARU - Polis Kelantan hari ini menafikan kononnya terdapat objek terbang yang...

172 Pekerja Diselamatkan Selepas...

KLANG - Seramai 172 individu berjaya diselamatkan selepas dipaksa bekerja lebih masa oleh...

Video: Ibu Dikecam Biarkan Kakak ‘Buli’ Adik

LAMAN sosial hari ini ‘dihidangkan’ dengan satu kes buli tetapi ianya melibatkan bayi dan kanak-kanak yang dipercayai usianya kurang daripada dua tahun.

Video tersebut merupakan video yang dimuatnaik pada April lalu kini menjadi viral di media sosial, memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan ‘membuli’ adiknya.

Dalam video berdurasi 1.05 minit itu, kanak-kanak perempuan tersebut duduk di atas adiknya yang sedang merangkak.

Bayi tersebut terus menangis apabila kakaknya tidak berhenti menghempapnya walaupun dia cuba melepaskan diri.

Video: Netizen Kecam Tindakan Ibu Biarkan Kakak 'Buli' Adik

Terdapat satu suara yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu merakam gelagat mereka dengan gelak ketawa.

“Tunggulah adik kamu dah besar, kamu tunggu adik kamu belasah kamu,” kata wanita itu yang tidak melakukan sebarang tindakan sebaliknya terus merakam perbuatan itu.

Dalam video tersebut, wanita tersebut hanya mengarahkan kanak-kanak itu bangun dengan menyatakan tindakannya itu menyakitkan adiknya.

Wanita tersebut menganggap hal seperti itu seperti sesuatu yang melucukan namun netizen mengecam tindakannya kerana perbuatan itu boleh membahayakan nyawa anaknya sendiri.


Netizen menganggap tindakan perakam adalah tidak wajar kerana membiarkan kejadian tersebut berlaku tanpa mengambil tindakan sepatutnya.

“Awak tak sayang anak awak ke? Boleh beza gurau dengan buli tak? Kesiannya baby tu, tak ada rasa kasihan ke?” tulis Nur Syahira Fuad Noor Asma.

“Tula..buatnye patah tulang belakang? Haa baru tau…ni tak….suke merakam pastu upload…..penyakit zaman sekarang,” tulis Marsitah Ieta.

Video tersebut menjadi viral di media sosial dengan dikongsi lebih 8,671 kali dan ditonton lebih 657,842 netizen.

Ada netizen yang bimbang dengan kejadian itu kerana boleh menyebabkan kecederaan patah pinggang apabila kanak-kanak perempuan itu berterusan melompat di belakang adiknya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori