Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Kerjasama Dengan UMNO...

KUALA LUMPUR - PAS tidak akan menjalin kerjasama dengan UMNO jika parti itu...

Arul Tak Sabar Mahu...

KUALA LUMPUR - Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang dituduh...

Gerakan Tapis Calon PRU14...

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) telah menghantar senarai nama calon...

Polis Banteras 99 Peratus...

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berhasil membanteras 99 peratus kegiatan judi tanpa...

Video: Taktik Curi ‘Sopan Santun’ Di Stesen Minyak

DUA klip video memaparkan bagaimana penjenayah menggunakan taktik licik untuk mencuri di stesen minyak dalam kejadian berasingan, berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi perkongsian netizen di media sosial tempata, kedua-dua rakaman video ini tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian, namun ia dipercayai berlaku di sekitar ibu negara.

Difahamkan, penjenayah-penjenayah ini menggunakan modus operandi yang sama, iaitu dengan mengambil kesempatan ke atas kelalaian mangsa sewaktu hendak mengisi minyak.

Video pertama memaparkan bagaimana rompakan dilakukan dengan penuh ‘sopan santun’ sehingga pemilik kenderaan yang sedang mengisi minyak langsung tidak menyedari penjenayah membuka pintu keretanya.

Manakala video kedua turut memaparkan taktik sama daripada penjenayah namun kali ini ia dilakukan secara berkumpulan dengan seorang dilihat cuba ‘pancing’ mangsa dan seorang lagi menyelinap buka pintu kenderaan.


Meskipun hanya berada bersebelahan kenderaan, nasihat kami ialah anda seharusnya mengunci pintu, tidak kiralah jika ada penumpang di dalamnya mahupun tidak.

Meskipun nyawa kedua-dua mangsa dalam rakaman CCTV itu tidak terkesan, namun pelbagai barangan peribadi boleh dieksploitasi oleh penjenayah pada kemudian hari.

Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua agar lebih berhati-hati tidak kira di mana anda berada.

Pastikan juga pintu kenderaan sentiasa dikunci ketika anda keluar dari kenderaan! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori