Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Akibat Suntikan...

MAUT akibat mahu cantik. Seorang ibu, meninggal dunia, beberapa hari sebelum menyambut hari...

Jentera Kerajaan Perlu Serius...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan supaya jentera kerajaan mengambil...

Warga Emas 12 Jam...

Beijing - Seorang warga emas terperangkap dalam lumpur selama 12 jam ketika cuba...

Pengguna Wi-Fi Awam, Anda...

KUALA LUMPUR - Jika anda melayari internet menggunakan Wi-Fi awam, sentiasalah berwaspada dan...

Video: Merompak Pakai Lastik Jer Bro…

SATU rakaman kamera CCTV kejadian rompakan melibatkan sebuah kedai 24 jam di Taman Bahtera, Tanjung Malim, Perak kini menjadi sensasi apabila ia mula tersebar luas di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi, Sabtu lalu, suspek yang dipercayai berusia 20-an hanya bersenjatakan sebatang kayu lastik ketika melakukan rompakan.

Menerusi rakaman, suspek pada mulanya dilihat mengambil beberapa barangan dan seolah-olah menyamar sebagai pelanggan yang ingin membuat bayaran.

Usai meletakkan beberapa barang di kaunter, juruwang terbabit terus melakukan imbasan harga barangan di mana kesempatan itu digunakan oleh suspek untuk menggeluarkan sesuatu dari jaket bajunya.

Lelaki itu menggeluarkan objek seakan sebiji guli lalu diletakkan pada lastiknya dan kemudian menunggu peluang untuk menyerang pekerja wanita itu.


Secara tiba-tiba, suspek melastik pekerja wanita itu secara dekat mengakibatkan juruwang itu hanya mampu menahan kesakitan di bahagian perut.

Suspek kemudiannya mengambil beberapa barangan seperti rokok dan sejumlah wang dan segera melarikan diri secara tergesa-gesa.

Netizen mengecam teruk tindakan perompak berkenaan dan rata-ratanya meminta pihak berkuasa segera menjalankan siasatan bagi menangkap penjenayah terbabit.

Bagi kami, sebaik-baiknya kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7-Eleven diberikan alternatif seperti butang kecemasan sekiranya berlaku rompakan manakala pekerja wanita yang bekerja shif di waktu malam seharusnya dikaji semula atas faktor keselamatan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori