Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nita, Tunang Diberi Masa...

BEKAS peserta Malaysian Idol dan penyanyi, Nita Hamzah berkata dia dan tunang, Mohd....

Alami Tekanan Hinggakan Rambut...

SEORANG juru dandan rambut berjaya memenangi hati netizen apabila dia berkongsi kisah salah...

Jaga-Jaga! Perogol Bersiri Kanada...

TAKUT, bimbang dan berbahaya. Itu yang digambarkan apabila berita mengenai seorang rakyat Malaysia...

1 Maut, 4 Cedera...

NEW YORK - Seorang terkorban manakala empat lagi anggota bomba cedera ringan dalam...

Video Lucah: Shamsul Beri Keterangan Hampir 5 Jam

MELAKA – Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin memberi keterangan hampir lima jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini malam tadi berhubung kes video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Shamsul Iskandar yang juga ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, beliau telah hadir ke IPK Melaka di Bukit Beruang di sini kira-kira 7 malam sebaik sahaja selesai Rumah Terbuka Parlimen Hang Tuah Jaya di Kota Fesyen, Ayer Keroh di sini.

“Pada 13 Jun 2019 saya telah dihubungi oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk membantu siasatan berkaitan kes Haziq Abdullah Abdul Aziz. Segala penjelasan yang diperlukan oleh pihak PDRM telah pun saya berikan maklumat yang mengambil masa hampir lima jam.

“Bagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM dan Pegawai Penyiasat yang telah memberikan layanan yang baik dan tempat yang selesa sepanjang proses tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Iskandar berkata, beliau berharap agar kes ini dapat diselesaikan segera supaya semua pihak boleh menumpukan kepada perkara yang lebih tuntas dan utama.


Semalam, beliau dilaporkan sebagai berkata akan membantu polis memberi keterangan berhubung pembabitan Haziq Abdullah yang juga Setiausaha Sulit Kanannya kini digantung tugas, yang turut dikaitkan dengan rakaman video itu.

Haziq Abdullah, 27, dijadual berlepas ke Manila, Filipina berdasarkan tiket penerbangannya, sebelum ditahan ketika berada di Balai Perlepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang semalam.

Kategori