Video Lucah Mirip Menteri Terbaharu Tular?

KUALA LUMPUR – Selepas penafian sekeras-kerasnya tuduhan fitnah yang bersifat jahat berhubung rakaman video lucah songsang, satu lagi video ditularkan menerusi kumpulan WhatsApp petang tadi.

Menggunakan modus operandi sama, beberapa kumpulan WhatsApp diwujudkan oleh pentadbir yang tidak dikenali dan menjemput sekumpulan wartawan termasuk Utusan Online serta pemimpin politik.

Kalau sebelum ini kumpulan WhatsApp dinamakan ‘Jemputan Raya YB #####’, kali ini kumpulan diwujudkan menggunakan nama ‘##### ### part 2/4’.

Selepas menjemput seramai mungkin ahli dalam kumpulan terbaharu itu, pentadbir yang menggunakan nama Jamal Bin Ahmad berkongsi dua gambar dan satu video aksi seks songsang dua lelaki di atas katil dengan satu daripadanya dikatakan mirip menteri Kabinet.

Awal pagi tadi, seorang pemuda menggunakan nama Haziq Aziz tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut.

Semalam, negara digemparkan dengan penularan tiga video aksi seks songsang beserta rakaman perbualan lucah yang didakwa mirip seorang menteri. – UTUSAN ONLINE

Loading...