Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pegawai Polis, Ahli Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Lima lelaki termasuk seorang pegawai polis dan ahli perniagaan mengaku...

Wakil Rakyat Tak Dicalonkan...

KANGAR - Mana-mana wakil rakyat yang tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya...

Mourinho Ramal England Tersingkir...

JANGKAAN... Jose Mourinho meramalkan England akan tersingkir dari Piala Dunia 2018 di tangan...

Tahan Pati Mengemis Di...

TUJUH pendatang asing tanpa izin (Pati) yang meminta sedekah di beberapa lokasi bazar...

Video Lucah: Azmin Belum Dipanggil Polis

SHAH ALAM – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau tidak mencampuri urusan siasatan polis berhubung penularan video lucah yang cuba dikaitkan dengan dirinya.

Beliau berkata, ia termasuk penahanan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan ahli MIC, N. Gobalakrishnan semalam kerana dikaitkan dengan penyebaran video tersebut.

“Penahanan itu? saya tidak campuri urusan polis, kerana saya kira polis mempunyai tugas untuk jalankan siasatan.

“…dan apa juga tindakan yang diambil polis, saya yakin dibuat berdasarkan tahap profesional polis untuk pastikan proses siasatan (penularan video) berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, demikian ketika ditanya berhubung penahanan Lokman Noor dan Gobalakrishnan oleh sepasukan polis semalam.

Bagaimanapun kedua-dua mereka dibebaskan kira-kira 7 pagi ini selepas siasatan awal polis selesai.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin juga mengesahkan beliau belum dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung isu video tersebut.


“Saya difahamkan Setiausaha Politik saya Muhammad Hilman Idham telah membuat laporan polis tentang kes ini pagi semalam dan bagi saya itu sudah mencukupi,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung gesaan beberapa pihak yang memintanya untuk berundur dan meletakkan jawatan dalam Kabinet dan parti, Mohamed Azmin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial video lucah kononnya membabitkan Mohamed Azmin dan seorang lagi lelaki serta dakwaan kononnya sejumlah wang sebuah syarikat disalurkan ke akaun milik menteri itu.

Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menyifatkan ia komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan memusnahkan karier politiknya.

Kategori