Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelepasan Cukai Untuk Perbelanjaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan...

Exco PAS Tegas Masih...

SHAH ALAM - Exco kerajaan Selangor daripada PAS menegaskan bahawa mereka masih bersama...

Pendingin Hawa Berpusat Hospital...

PUTRAJAYA - Sistem pendingin hawa berpusat di Hospital Selayang yang mengalami kerosakan sejak...

Trafik Di Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan pagi...

VIDEO: Luahan Hati Bekas Isteri Sham Kamikaze Menerusi Lagu

KALAU hendak dirungkai kembali satu-persatu, memang boleh jadi novel agaknya kisah yang membawa kepada perceraian pemuzik dan pendakwah Sham Kamikaze dan bekas isterinya, Farazila Abdul Jabar, beberapa tahun lalu.

Dikatakan, sikap tidak bertanggungjawab Sham sebagai suami menjadi punca kemusnahan rumahtangga mereka.

Selain itu, tindakannya yang tidak mahu mengaku sudah menikahi wanita lain juga turut menjadi penyebab.

Itu belum ditambah lagi dengan tomahan yang dilemparkan Sham dan isteri keduanya itu terhadap Farazila menerusi media dan juga laman sosial.

Memang tak mampu kami bayangkan betapa kuatnya Farazila menghadapi dugaan yang cukup hebat seperti itu.

Rupa-rupanya, dalam diam, dia pernah memuatnaik lagu bertajuk ‘Allah Tahu’ ke laman YouTube yang merupakan hasil ciptaan dan nyanyiannya bagi meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Bait-bait liriknya berbunyi:

“Ya Allahu Ya Allah
Tunjukkan aku apa sebaliknya
Lara derita apakah ertinya


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Lembutkan hati ini kerna dia
Menghitung hari
Di mana akhir cerita

Sakitnya aku saat diam membisu
Hanya Kau tahu
Ku biarkan waktu yang terus berlalu
Ku tahu kah hatinya yang palsu…”

Nak dengar yang seterusnya, jom saksikan video klip ini:

 

Oleh: ELZA / MYEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori