Video: Lelaki ‘Lepaskan Hajat’ Dalam Sup Daging

BAYANGKAN sekiranya anda mahu menikmati semangkuk sup namun makanan tersebut seakan berbaur pelik, adakah anda terus memasukkannya ke dalam mulut?

Bagaimana pula selepas anda memakan sup tersebut dan akhirnya mendapat tahu ia sebenarnya telah tercemar dengan najis manusia?

Begitulah yang berlaku di sebuah restoran di selatan China apabila misteri sup daging berbau pelik dan tidak menyenangkan akhirnya terjawab.

Daily Mail melaporkan, ia adalah angkara seorang lelaki yang dirakam ‘melepaskan hajatnya’ di dalam periuk makanan tersebut selepas pemilik premis bertindak memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Pemilik premis yang dikenali sebagai Jiang mendakwa tindakan menjijikkan itu dilakukan bapa pesaingnya, Li yang turut membuka restoran mi di premis bersebelahanya di bandar Haikou di wilayah Hainan.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, Jiang kemudian membuat aduan kepada polis dan bapa Li yang melakukan perbuatan itu ditangkap sebelum dibebaskan tidak lama kemudian.

Sampel diambil Pentadbiran Ubat dan Makanan China mendapati sup itu dicemari najis dan air kencing manusia.

Menurut Jiang, tiada berlaku pertengkaran antara mereka malah dia sering memanggil Li sebagai ‘abang’.

Namun, bapa lelaki tersebut sengaja melakukan ‘prank’ kerana cemburu berikutan restoran dikunjungi lebih ramai pelanggan.

“Saya masih menunggu permohonan maaf daripada Li dan keluarganya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...