Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Penolong Pegawai Penyiasat Polis...

JOHOR BAHARU - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Pengalaman Beli Online Wanita...

TIDAK dinafikan masa kini orang ramai sangat tergila-gilakan membeli barang secara atas talian...

Penulis Blog ‘Rogol’ Al-Quran...

SINGAPURA - Penulis blog kontroversi, Amos Yee pada 28 September mengaku bersalah di...

Pesatuan Peneroka Minta SPRM...

PUTRAJAYA — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada...

Video Lama Sesak Malaysia-Singapura Disebar Semula

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Johor menafikan video sedang tular berkaitan kesesakan akibat sistem pintu pemeriksaan automatik yang tergendala pada hari ini, di ruang pemeriksaan penumpang bas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Menurut satu kenyataan, jabatan itu menjelaskan bahawa video tersebut adalah video lama disebarkan kembali oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial bagi menimbulkan keresahan dalam kalangan orang awam dan memburukkan imej jabatan itu secara tidak langsung.

Jabatan itu juga menegaskan bahawa sistem pemeriksaan keluar masuk di BSI pada hari ini berjalan dengan baik dan tiada gangguan terhadap sistem tersebut sepertimana ditularkan.

“Bagaimanapun, kesesakan yang berlaku di ruang pemeriksaan masuk penumpang bas ke Malaysia adalah kesesakan biasa pada waktu puncak (6 petang hingga 10 malam),” kata kenyataan itu.

Selain itu, jabatan turut memaklumkan bahawa bagi memudahkan pergerakan keluar masuk di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) khususnya sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), semua kaunter pemeriksaan Imigresen dibuka sepenuhnya pada 8 sehingga 10 Mei ini.

“Tindakan penempatan semula kakitangan daripada cawangan lain juga dilakukan bagi melancarkan pemeriksaan dan kawalan di pintu masuk bagi tempoh tersebut,” kata kenyataan itu.


Sementara itu, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura berkata pihaknya juga menyedari mengenai perkara itu ditularkan di media sosial mendakwa orang ramai yang hendak menuju ke Malaysia terkandas di pusat pemeriksan di negara berkenaan.

“Ia tidak benar. ICA ingin menjelaskan bahawa tidak ada masalah dengan sistem pelepasan kami,” kata ICA dalam catatan Facebooknya yang disiarkan pada 10.20 malam ini. – BERNAMA

Kategori