Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Kasihan.. Pelajar UIA Rayu...

KASIHAN sungguh kami membaca rayuan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kamarulzaman Mahmad Khairai kepada...

Mah Akan Jumpa Semua...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata beliau...

Dua Pengarah Didakwa Subahat...

SHAH ALAM – Dua pengarah syarikat perunding pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Pelukis Forensik Ramal Muka...

BARU dua hari lalu bintang sensasi, Kim Kardashian mendedahkan jantina anak keduanya, kini...

Video Kontroversi: Polis Akan Panggil Waytha Moorthy

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, berhubung klip video kenyataannya yang didakwa memfitnah dan mengaibkan Malaysia di luar negara yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata menteri berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membolehkan pihaknya memperoleh maklumat lanjut mengenai asas dakwaan dan kandungan klip video tersebut.

“Kita akan panggil beliau dalam masa terdekat bagi mengenal pasti dakwaan yang dibuat itu diperoleh dari mana dan dibuat berasaskan apa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan, Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Video berdurasi 2 minit 39 saat itu menunjukkan Waytha Moorthy membuat kenyataan menerusi wawancara dengan sebuah rancangan televisyen luar negara dengan menuduh kononnya Malaysia menindas penganut Hindu dan masyarakat India.

Dalam perkembangan berasingan, Noor Rashid berkata polis juga akan memanggil Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah, bagi membantu siasatan melibatkan catatan beliau bertajuk ‘Kementerian Pertahanan Kini Berada Dalam Tekanan dan Ancaman’ yang dimuat naik di sebuah laman sesawang.

“Polis ambil berat sebab isu ini…kita akan panggil penulis (Azwanddin) kerana ia menyentuh isu keselamatan negara,” katanya.

Sementara itu, katanya, ​​​​​​​polis telah menerima lebih 150 laporan polis berkaitan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan akan menyiasat kes berkenaan dari segala aspek.


“Kita telah buka kertas siasatan dan akan panggil beberapa individu dalam masa yang sesuai untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan, “ katanya.

Mengenai rancangan penganjuran perhimpunan besar-besaran bagi membantah ICERD, beliau mengingatkan penganjur supaya mematuhi undang- undang yang telah ditetapkan.

“Negara ini mengamalkan prinsip demokrasi…semua pihak mempunyai kebebasan bersuara namun kita ada undang-undang iaitu Akta Perhimpunan Aman 2012 yang perlu dipatuhi,” katanya.

Semalam, media melaporkan perhimpunan itu disertasi oleh ahli PAS dan UMNO itu dijadualkan diadakan di ibu negara 8 Dis ini.

Dalam majlis berkenaan, seramai 36 pegawai kanan polis menerima pemakaian pangkat manakala 111 anggota dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara. – BERNAMA

Kategori