VIDEO: Kereta BMW ‘Cabut’ Lepas Langgar Proton Exora

VIDEO yang kami kongsikan ini merupakan rakaman dashcam kejadian langgar lari yang berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan dengan Zoo Negara.

Insiden ini berlaku apabila pemandu kereta BMW ‘terleka’ sehingga lambat menekan brek, sekaligus melanggar belakang sebuah MPV Proton Exora yang sedang memperlahankan kenderaannya di lorong kanan.

Bagaimanapun, pemandu BMW tersebut tidak berhenti, sebaliknya terus memecut laju.

Hai, pakai kereta mahal, takkan takut nak bayar pula?

Apapun, nombor pendaftaran kereta tersebut kurang jelas untuk kami nyatakan di sini.

Oh ya, mohon abaikan carutan makcik dalam rakaman ini ya…

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

 

Loading...