Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aktres Rusia ‘Tanggalkan’ Bibir...

ADAKAH anda perlu menanggalkan bibir anda setiap kali hendak makan? Ia adalah soalan pelik...

Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas...

JOHOR BAHARU - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah tenggelam ke dalam laut...

Tengking Sebab Salah Faham...

Shah Alam : Salah faham mengenai nombor giliran menyebabkan berlaku kejadian kakitangan Majlis...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar US hari ini selepas...

Video: Kejamnya…. Ibu Seret Anak 300 Meter

MEDIA sosial Indonesia sejak minggu lalu dikejutkan dengan satu rakaman tular menunjukkan seorang wanita tergamak menyeret anak perempuannya dengan motosikal sejauh 300 meter.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di Balong, daerah Klaten, Jawa Tengah itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

Suspek yang hanya dikenali sebagai Santi, 35, dilihat menunggang motosikal dengan tangan kanan memegang handle manakala tangan kirinya memaut anaknya yang berusia empat tahun itu.

Akibatnya, kanak-kanak malang terbabit mengalami kecederaan teruk di bahagian lutut, kaki dan tangan.

Pegawai polis daerah Klaten, Hari Sutanto berkata beberapa penduduk setempat cuba menghalang tindakan ‘gila’ wanita tersebut dengan cuba memujuknya.


“Beberapa orang awam cuba menghalang wanita tersebut dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Tetapi ibunya terus memecut laju dan meninggalkan anaknya begitu sahaja, katanya memetik Liputan6.com.

Tambah Sutanto lagi, mangsa sudah menerima rawatan di pusat kesihatan berhampiran dan wanita itu telah ditahan.

Sementara itu, suami wanita itu memberitahu isterinya mengalami tekanan perasaan.

Dalam laporan portal Solopos turut menyebut selain mangsa, anak sulung wanita tersebut juga mengalami masalah kemurungan kerana sering didera oleh ibunya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori