Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Wanita Besi’, Filem Pendek...

KINI lebih aktif mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), penyanyi Yuna mengakui sedikit...

Pesawat Trigana Air Hilang...

JAKARTA - Sebuah pesawat komersial Trigana Air yang membawa 54 penumpang termasuk lima...

Emas, Perak Dalam Genggaman...

JAKARTA – Kontinjen Malaysia hampir pasti menambah koleksi pingat emas pada Sukan Asia...

Lebih Ramai Muflis Berbanding...

LONDON - Penularan COVID-19 (coronavirus) mengundang bahaya yang jauh lebih tinggi terhadap ekonomi...

Video Ke-2 Dedah ADUN DAP Tahu Komplot Rasuah Bapanya

GEORGE TOWN – Dakwaan berhubung isu kontroversi bayaran tunai untuk mendapatkan rumah melibatkan bapa kepada seorang wakil rakyat DAP Pulau Pinang kini memasuki fasa baharu.

Kali ini video membuktikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim sememangnya tahu bapanya, Lim Keat Seong terlibat dalam komplot itu seawal Jun 2015 telah dimuat naik di laman media sosial.

Rakaman eksklusif itu menunjukkan perbualan menerusi WhatsApp antara mangsa Keat Seong dan orang tengah.

Menerusi perbualan itu, orang tengah terlibat memberitahu mangsa bahawa Siew Khim telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Saya beri tempoh sehari untuk dia membalas dan mencari jalan bagaimana bapanya dapat memulangkan wang,” kata orang tengah itu kepada mangsa terlibat.

Menerusi satu lagi perbualan, ditunjukkan bagaimana abang tiri Siew Khim iaitu Ong Hock Hin memaklumkan adik tiri perempuannya itu telah meminta supaya diatur pertemuan dengan semua pihak terlibat.

Video terkini itu juga mempersoalkan sama ad jika Siew Khim tahu berhubung perbuatan korup bapanya sejak lebih setahun itu atau berpura-pura konon tidak tahu apa-apa.

Apabila dihubungi, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Aziz Aban berkata, beliau tidak maklum berhubung video terbaharu itu dan akan mengarahkan pegawainya untuk menyiasat.


Bagaimanapun, cubaan untuk mendapatkan maklum balas Siew Khim tidak berjaya.

Sebelum ini, Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang merakamkan perbincangan berhubung bayaran wang bagi mendapatkan sebuah rumah murah dijual kerajaan negeri.

Tong Keong berkata, kandungan perbualan dalam video itu menyebut ia direkodkan tahun lepas dan bapa Siew Khim dilihat bersama orang tengah melayan satu aduan daripada seorang lelaki yang dipercayai membuat bayaran namun tidak pula mendapat rumah itu.

“Semasa perbualan itu, pengadu menyebut dia telah membayar RM260 untuk beberapa bulan namun masih tidak menerima sebarang surat tawaran untuk rumah kos rendah.

“Bapa Lim nampaknya kelihatan duduk dengan tenang di sebelah kiri dalam video itu, mendengar aduan itu namun tidak bercakap,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori