Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tunku Azizah Singsing Lengan,...

KUANTAN - Melihat wajah gembira mangsa banjir menikmati juadah yang dihidangkan merupakan detik...

Perkep Edar Makanan Berbuka...

KEMAMAN - Kesibukan menggalas tugas sebagai isteri, ibu dan sesetengahnya mempunyai kerjaya tersendiri...

Pertemuan BN-CPC Tiada Kaitan...

IBARAT paku dulang, paku serpih, kata orang tapi dia pula lebih. Mungkin perumpamaan...

Anwar Sedia Kembali Berkhidmat...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah...

Video: Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Gara-Gara Prank

SEORANG kanak-kanak perempuan di China maut secara tragis setelah terjatuh dari tingkat 18 bangunan kediamannya minggu lalu.

Lapor portal Shanghaiist, dalam kejadian di sebuah apartment di wilayah Hunan itu, mangsa, Lili, 2, sebelum itu menaiki lif bersama dua orang rakannya ke tingkat 9.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum mereka bertiga tiba di tingkat 9, salah seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun kelihatan terlompat-lompat untuk cuba menekan butang tingkat yang paling tinggi.

Sebaik saja tiba, mereka bertiga keluar dari lif tersebut. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki yang sama mengangkat badan Lili dan meletakkannya semula dalam lif sambil memerhatikan pintu lif tertutup.

Lili kemudian dibawa naik ke tingkat 18. Panik dengan keadaan itu, Lili menangis dan menepuk-nepuk pintu lif agar ia terbuka.


Malangnya, bahagian tingkap di tingkat 18 bangunan itu tidak mempunyai kaca atau jeriji, menyebabkan mangsa yang berjalan ke luar secara tidak sengaja terjatuh dari tingkap dan maut di tempat kejadian.

Tragedi itu mencetuskan kemarahan netizen yang menyalahkan kanak-kanak lelaki itu menjadi punca kematian mangsa, selain ibu bapa mangsa yang gagal mengawasi anak mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori