Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Cawangan Starbucks Di Bangsar...

BAGI memberi peluang golongan buta dan pekak mempamerkan kebolehan kerja seperti orang normal,...

Ahmad Faizal Mengadap Sultan...

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadap Sultan...

Banjir Pulau Pinang: LGE...

PENDUDUK Pulau Pinang menzahirkan perasaan marah mereka susulan kejadian banjir kilat yang berlaku...

Jangan Sebarangan Nak Pakai...

SEMALAM kita dikejutkan dengan berita bagaimana pihak bomba terpaksa memotong cincin yang melekat di...

Video: Jurujual Parah Ditetak Sebab Casing Telefon

JAKARTA – Hanya kerana aksesori telefon, seorang jurujual wanita berusia 40-an parah selepas ditetak pelanggannya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Jakarta Barat, pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian ngeri kira-kira pukul 8.40 malam di Plaza Lokasari, Tamansari, mangsa iaitu Susiana Gautama, ditetak oleh suspek yang hanya dikenali sebagai Suwarno dengan menggunakan sebilah parang panjang.

Kejadian yang dirakam jelas oleh kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelanggan premis berkenaan bertempiaran lari selepas suspek datang menyerbu dan menyerang mangsa.

Lebih malang lagi, tiada seorang pun individu yang tampil membantu mangsa yang ditetak bertubi-tubi oleh suspek sehingga hampir putus tangan kiri.

Sementara itu siasatan awal mendapati suspek mengamuk kerana barang yang dipesan iaitu ‘casing’ telefon bimbit dari mangsa masih belum diterimanya sejak dua minggu lalu.


“Polis terus tiba di lokasi kira-kira jam 9 malam selepas menerima aduan daripada beberapa pengunjung pusat beli belah berkenaan.

“Suspek yang melarikan diri juga berjaya ditahan tidak beberapa lama kemudian hasil bantuan pihak pengurusan dan pengawal keselamatan,” kata Ketua Polis Jakarta Barat, Hengki Haryadi dipetik portal Tribunnews.

Mangsa yang parah dan kehilangan banyak darah itu kemudian dikejarkan ke Hospital Husada, manakala suspek yang ditahan masih di dalam siasatan polis. – MYNEWSHUB.CC

Kategori