Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Rezeki Lepas Kahwin, Fazura...

KATA orang, rezeki lepas kahwin ni merupakan satu perkara yang tak disangka-sangka. Bagi pelakon...

Sarjan Polis Direman 7...

KOTA BHARU - Seorang anggota polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana...

Tiada Arahan Jauhi Kawasan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini...

Lelaki Maut Dirempuh Kenderaan...

SARIKEI - Seorang pemandu lori maut ketika sedang memasukkan muatan ke dalam lori...

Video: Inilah Contoh Bikers Jiwa Sejati…

SEORANG penunggang motosikal di Singapura menerima pujian ramai selepas video yang memaparkan dirinya membantu seorang warga emas menjadi tular melalui media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 45 saat, Elfie Amin yang sedang menunggang motosikal pada mulanya terserempak dengan lelaki itu yang dilihat berada di tengan-tengah Lebuhraya Rentas Pulau (PIE).

Dia yang kehairanan dengan keadaan itu lantas terus bertanyakan tujuan sebenar warga emas tersebut berada di tengah-tengah lebuh raya sibuk terbabit.

 

“Ke mana pak cik hendak pergi?” soalnya sambil memberitahu jalan yang dilintasi oleh lelaki itu adalah sangat berbahaya.

Selesai mendengar jawapan, Elfie kemudian menawarkan bantuan untuk menghantar warga emas itu ke rumahnya dengan membonceng bersama.


Sementara itu di laman Facebook, Elfie mengatakan punca sebenar mengapa lelaki itu berada di tengah-tengah lebuhraya adalah disebabkan bas yang dinaikinya tidak turun di lokasi perhentian yang betul.

Video rakaman tersebut sehingga kini menerima lebih 4,400 perkongsian dan 295,000 tontonan sejak dimuat naik semalam.

Katanya lagi, dia mengharapkan video tular itu membuatkan lebih ramai anak muda tergerak hati untuk membantu orang ramai lebih-lebih lagi pada bulan mulia ini.

“Buat baik dan kebaikan akan melimpahi anda. Ramadhan Kareem buat semua,” katanya. –MYNEWSHUB.CC

Kategori