Video: Ibu Alpa, Anak Tengok Klip Lucah Di Tempat Awam

AKIBAT kelalaian seorang ibu, sebuah rakaman yang memaparkan kanak-kanak perempuan menonton klip video lucah di tempat awam menjadi tular menerusi media sosial.

Berdasarkan video pendek itu, budak perempuan terbabit yang masih di bawah umur dilihat leka menonton video aksi tidak senonoh pasangan dewasa tersebut melalui telefon bimbit dipercayai milik ibunya.

Di pertengahan rakaman video tersebut, jelas menunjukkan kanak-kanak terbabit dilihat duduk di samping seorang wanita dipercayai ibunya sambil menonton kandungan tidak senonoh melalui telefon bimbit tersebut.

Hasil daripada pemerhatian mendapati, wanita tersebut berkemungkinan besar tidak menyedari akan kandungan video yang tekun ditonton oleh kanak-kanak terbabit.

Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut meluahkan rasa terkejut berhubung perkara itu selain sedih terhadap sikap kelalaian ibu bapa terhadap anak sendiri.

Pada masa sama, terdapat juga segelintir pihak tidak setuju dengan tindakan si perakam dan individu yang menularkan rakaman itu kerana dilihat tidak sedar akan kesalahan sendiri dalam cubaan mengaibkan orang lain.

Sehingga kini, video candid itu dilihat terus menarik perhatian netizen bahkan bukan saja terdapat di Twitter malah dikongsi oleh orang ramai yang teruja menerusi pelbagai platform lain. – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...