Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Barang Kemas RM500,000 Dilarikan...

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai emas dilaporkan kerugian RM500,000, dalam satu kejadian rompakan...

Wang Jaminan Bekas Pengarah...

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, membenarkan rayuan bekas pengarah...

Ahmad Bashah Sudah Semakin...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah semakin...

MediCOM Buka Klinik Wakaf...

SEMPORNA: Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM) mengambil pendekatan wakaf dalam membantu...

Video: Gara-Gara Sepuntung Rokok…

TEHRAN – Seorang lelaki di Iran nyaris maut selepas puntung rokok yang dibuang ke dalam lubang pembentungan mengakibatkan letupan besar.

Lapor Dailymail, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.52 pagi pada 29 Mac lalu, mangsa terdahulu dilihat berjalan sambil menghisap rokok sebelum membuang puntung rokoknya ke dalam lubang pembentungan itu.

Beberapa saat kemudian, lubang pembentungan itu secara tiba-tiba meletup dan serpihan batu mengenai muka dan badannya seperti yang dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian itu.

Apabila debu letupan berkurangan, mangsa dilihat merangkak dan cuba keluar dari kawasan letupan itu.


Tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian namun ia berkemungkinan besar berpunca daripada kebocoran paip gas bawah tanah.

Difahamkan, video kejadian itu telah dimuat naik sejak Isnin lalu telah ditonton berjuta-juta netizen di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori