Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tentang Daesh Demi...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan menentang propaganda dan penyebaran fahaman Daesh di negara...

Maut Lepas Minum Air...

MAJLIS hari jadi adalah saat yang menggembirakan bagi individu yang diraikan, lebih meriah...

UPSI Cawangan Teluk Intan...

TELUK INTAN - Kerja-kerja pembersihan tapak membina sebuah kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan...

Rumah Sepenuhnya Dihiasi Dengan...

Seorang lelaki bernama Xiao Yongsheng adalah seorang pemilik sebuah rumah pantai kecil berbentuk...

Video: Ewww! Lelaki Sumbat Najis Dalam Mesin ATM

JIJIK… Seorang lelaki di China ditahan pihak berkuasa selepas menyumbat najisnya di dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kerana percaya tindakannya itu boleh mengeluarkan wang.

Lapor Shanghaiist, aksi pengotor lelaki itu bagaimanapun berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mesin ATM berkenaan di bandar Meishan, Wilayah Sinchuan.

Menerusi rakaman CCTV, suspek dilihat menuang minyak hitam ke dalam mesin itu sebelum cuba memasukkan beg plastik yang dipenuhi dengan najis ke dalamnya.

Difahamkan, suspek telah mencuba keadah yang sama sebanyak tiga kali pada hari yang berlainan, namun kesemua percubaannya itu gagal.

Apabila polis menyoal mengapa suspek menuang minyak motor dan menyumbat najis dalam mesin ATM, lelaki itu menjelaskan dia terdengar ‘petua’ pelik itu daripada seorang rakan.


Menurutnya, dengan melakukan perbuatan itu, mesin ATM akan terus rosak dan mengeluarkan wang tunai.

Tidak dapat dipastikan dari mana sumber maklumat suspek tetapi kaedah itu nyata tidak benar dan hanya cara mudah untuk memperbodohkan diri. -MYNEWSHUB.CC

Kategori