Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Ibrahim, Keluarga Diraja...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat mengunjungi kediaman...

Korea Utara Lancar Peluru...

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melepaskan peluru berpandu balistik, hari ini.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramPeluru...

Inspektor Penjara Rasuah Didenda

KOTA BHARU - Ketua Inspektor Penjara Pengkalan Chepa dijatuhi hukuman penjara tiga tahun...

KBS Berkerjasama Dengan Mercedes-Benz

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Mercedes-Benz Malaysia menjalin kerjasama untuk...

VIDEO : Dikir Barat PRK Pengkalan Kubor Oleh BN Hebat

TUMPAT (Kelantan) – Hanya beralaskan tikar dan di tepi jalan raya pun, di negeri Kelantan boleh diadakan satu persembahan hiburan yang begitu hebat dan unik.

Itulah bagaimana orang Kelantan begitu menghargai khazanah seni mereka sekian lama iaitu Dikir Barat.

Sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat, persembahan dikir barat menjadi tumpuan orang ramai dan juga liputan petugas media.

Sejak bermula kempen, sehingga ke hari ini dilihat persembahan dikir barat hanya dipelopori oleh parti Barisan Nasional (BN) yang menggunakan khazanah seni paling berharga ini untuk menyampaikan mesej kerajaan dalam bentuk lagu.

Malam tadi, bertempat di kawasan Pusat Daerah Mengundi Ketil satu persembahan dikir barat diadakan atas ilham Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed diadakan.

Dikir_2 Dikir_3

Kira-kira 300 orang hadir pada persembahan itu yang hanya diadakan di tepi jalan raya sehingga menyebabkan jalan berkenaan sesak dengan trafik kerana mengelak himpunan orang ramai yang menonton dikir barat.


Dikir barat malam tadi menampilkan dua kumpulan dikir barat iaitu Seruling Kasih dan Sanggar Budaya dengan memperlihatkan persembahan tukang karut yang berbeza.

http://youtu.be/vfsMgLqkUh0

Persembahan mula kira-kira pukul 9.30 malam dengan kedua-dua kumpulan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka yang banyak mengandungi mesej kerajaan untuk rakyat.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut hadir kira-kira pukul 11.50 malam dengan menyampaikan hadiah cabutan bertuah yang turut diadakan sepanjang persembahan dikir barat berkenaan.

Pastinya sepanjang tempoh berkempen, persembahan dikir ini akan memenuhi jadual para penduduk di Pengkalan Kubor sebelum menjelangnya hari mengundi pada 25 September ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori