Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Pekerja Asing...

SIBU – Polis menafikan berlakunya rusuhan oleh pekerja Indonesia di sebuah kilang papan...

J/kuasa Khas Ditubuh Bantu...

PUTRAJAYA - Satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi membantu usaha mencari dan menyelamat tujuh...

SOP Tak Benarkan Pelajar...

SEREMBAN – Prosedur Operasi Standard (SOP) menetapkan pelajar tidak boleh berada di kawasan...

Mayat Lelaki Hanyut Di...

KUANTAN - Mayat seorang lelaki yang hanyut di Sungai Kuantan dijumpai di bawah...

Video: Dah Kenapa Langgar Kereta Peronda Polis…

RAKAMAN video membabitkan kereta peronda polis yang dilanggar sebuah kereta dari belakang di Jalan Loke Yew, Cheras pada petang semalam mula menjadi tular di laman sosial.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila kereta Mercedes tidak menyedari kenderaan peronda polis di hadapannya membuat brek kecemasan berikutan aliran trafik yang perlahan di hadapannya.

Susulan itu, kereta Mercedes terbabit gagal memberhentikan kenderaanya lalu menghentam belakang kenderaan peronda jenis Proton Waja itu.

Pelanggaran menyebabkan kereta yang dinaiki anggota polis masing-masing berusia 45 dan 30 tahun turut melanggar sebuah lagi kenderaan di hadapannya.

Dua anggota itu dilaporkan mengalami kecederaan di kaki dan punca kejadian dilaporkan masih dalam siasatan.

Menariknya mengenai insiden ini adalah perbalahan di antara netizen berhubung siapa sebenarnya yang merupakan ‘punca’ kemalangan itu berlaku.


Ada pihak menyalahkan kereta peronda berkenaan kerana mendakwa lampu brek kederaan itu tidak menyala sepenuhnya sehingga menyebabkan pemandu Mercedes itu menjadi keliru.

“Berulang kali aku tengok, lampu brek waja polis tu tak menyala ke? Bagi pandangan mata aku memang lampu brek tak menyala. Cuba korang tengok pulak,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun,  majoriti netizen mempertikaikan dakwaan terbabit selain mengatakan kualiti kamera yang rendah menyebabkan semua lampu brek kereta tidak kelihatan seperti menyala.

“Jangan tengok kereta peronda tu je, tengok kereta lain pun tak nampak menyala,” balas netizen yang lan. –MYNEWSHUB.CC

Kategori