Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kassim Ahmad Sertai UMNO...

KUALA LUMPUR - Tokoh akademik Allahyarham Kassim Ahmad pernah menyertai UMNO pada 1986...

Isu Tak Bai: Polis...

TUMPAT - Polis Kelantan akan memperketatkan lagi kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini...

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung...

LUMUT: Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menerima aduan mengenai penemuan satu...

Chong Wei: 11 April...

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merasa lega setelah tarikh pendengaran mengenai...

Video: Cara Anak Gelandangan Comel Vs Comot Dilayan

BAGI membendung fenomena kanak-kanak miskin gelandangan terpaksa menjadi peminta sedekah Dana Kanak-Kanak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menjalankan satu eksperimen sosial, baru-baru ini.

Seorang pelakon kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Anano yang dijadikan subjek dalam kajian itu disolek menjadi seperti kanak-kanak gelandangan dan satu lagi dalam keadaan bersih, wangi dan cantik seperti kanak-kanak lain yang terjaga penampilannya.

Menerusi rakaman dapat dilihat ramai orang melayani Anano dan prhatin dengan nasib dirinya sewaktu dalam keadaan cantik dan bersih, manakala sewaktu Anano dalam versi ‘kotor’ dia langsung tidak dipandang malah dihalau.

Akibatnya Anano tidak mampu meneruskan ‘tugasnya’ kerana terlalu sedih dan mula menangis.

Sebenarnya sama ada sedar atau tidak begitulah juga cara sebahagian masyarakat kita yang lebih pedulikan kanak-kanak comel yang dilihat terpinga-pinga di jalanan dan langsung tidak peduli apabila kanak-kanak dalam keadaan comot kerana menganggap mereka sudah terbiasa hidup begitu.


Hasil kajian UNICEF, menjelang tahun 2030 dianggarkan seramai 167 juta kanak-kanak akan menjalani hidup dalam keadaan miskin tegar sekiranya permasalahan ini tidak dibendung secara serius dari sekarang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori