Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Laporan Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar hari ini berkata tiada laporan menyatakan rakyat Malaysia terlibat...

Banjir: Mangsa Terengganu Kini...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus merekodkan peningkatan apabila mencecah...

Skim Bantu Golongan Muda...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan satu skim baharu sebagai pemudahcara urusan pinjaman...

Mentor Milenia 2019 Milik...

SHAH ALAM - Protege Hazama, Apex Tajudin menepati ramalan apabila muncul juara program...

VIDEO: Bijak… Angsa Minta Bantuan Polis Selamatkan Anaknya

WASHINGTON DC – Mungkin kedengaran aneh, tetapi ia memang benar-benar berlaku di Amerika Syarikat.

Dua orang anggota polis Cincinnati dekat sini yang sedang bertugas terkejut bercampur hairan apabila terdapat seekor angsa tidak henti-henti mematuk pintu kereta ronda polis.

Merasakan sesuatu yang luar biasa, polis itu kemudian mengekori haiwan tersebut sebelum melihat seekor anak angsa tersangkut pada tali di tepi tasik.

“Angsa itu tidak henti-henti mematuk, dan biasanya mereka tidak menghampiri kita. Peliknya, angsa itu kemudian berlalu pergi, berhenti dan menoleh ke belakang kembali.

“Oleh itu saya pun mengekorinya, yang kemudiannya membawa saya kepada seekor anak angsa yang tersangkut tali,” kata salah seorang anggota polis, Sarjan James Given.


Insiden itu turut dirakam oleh Sarjan Given manakala rakan kerjanya, Cecilia Charron bertindak melepaskan tali yang tersangkut pada tubuh angsa tersebut.

Setelah membebaskan anak angsa itu, haiwan tersebut dilihat kembali menyertai sekumpulan angsa lain.

Video kejadian unik itu talah dimuat naik Sarjan Given ke laman Facebook dan YouTube sekaligus menarik perhatian ramai. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori