Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Lagi Video Samun Guna...

KEJADIAN membabitkan samun menggunakan parang sekali lagi menjadi viral menerusi laman sosial dan kali ini...

Liow Berhati-Hati Dalam Optimis...

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau berhati-hati dalam...

Penjenayah Miliki 10 Rekod...

JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis nyaris maut selepas dirempuh penjenayah yang melanggar...

Tiada DNA Khinzir Dalam...

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu khuatir kerana tiada vaksin yang diberikan...

VIDEO: Beza Cara Trump Dan Obama Layan Isteri Mereka

WASHINGTON DC – Meskipun sudah empat hari Donald Trump secara rasminya ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-45, namun para pemerhati seluruh dunia masih gigih membandingkan perbezaan antara beliau dengan mantan presiden, Barack Obama.

Ini kerana selain berpegang kepada ideologi politik berlainan, netizen yang ‘bermata helang’ turut memerhatikan perbezaan dalam cara kedua-dua lelaki itu melayan isteri mereka, iaitu Melania Trump dan Michelle Obama.

Semasa ketibaan Trump ke Rumah Putih untuk upacara perlantikannya Sabtu lalu (waktu Malaysia), Trump dilihat terus keluar daripada kenderaan dan menaiki anak tangga untuk berjabat tangan dengan Obama dan Michelle.

Beliau malah selamba meninggalkan Melania masih lagi berada di belakang yang membawa kotak barangan kemas Tiffany.co untuk dihadiahkan kepada Michelle.

Berbeza pula senarionya ketika upacara pertabalan Obama pada tahun 2008, apabila lelaki kulit hitam pertama menjadi presiden AS itu dilihat menunggu Michelle di tepi limousin mereka sebelum mengizinkan wanita itu berjalan dahulu untuk bertemu bekas presiden ketika itu, George W. Bush dan bekas wanita pertama, Laura Bush.

Saksikan video di bawah ini:

Rata-rata netizen berpendapat Obama mempamerkan bahasa tubuh yang lebih gentleman dan penyayang ketika berinteraksi dengan isteri berbanding Trump, yang dianggap autoritarian dan tidak penyayang terhadap Melania.

Sebagai contoh, semasa acara tarian presiden dan wanita pertama, Trump dan Melania dilihat jelas begitu kekok dan tidak in-sync dengan pergerakan tubuh masing-masing.


Ini berbeza dengan pasangan Obama yang tampak amat mencintai satu sama lain semasa tarian pertama selepas pelantikan pemimpin parti Demokrat itu lapan tahun lalu.

Melihatkan kenyataan-kenyataan Trump sebelum ini yang berbaur anti-feminis dan seakan-akan merendahkan kaum wanita, maka tidak peliklah mengapa begitu teruk lelaki berusia 70 tahun itu dikecam.

Antaranya adalah ketika Trump membandingkan wanita dengan bangunan menerusi buku falsafah perniagaannya, Trump 101: The Way to Success: “Kecantikan dan keanggunan, tidak kira sama ada pada seorang wanita, sebuah bangunan atau karya seni, bukan hanya pada luaran atau sesuatu yang cantik untuk ditatap.

Trump juga terkenal kerana sering menjadikan wanita sebagai mangsa pembulian sibernya, terutama sekali menerusi Twitter, antaranya menggelar kolumnis akhbar New York Times, Gail Collins sebagai ‘anjing’.

Beliau juga ejek penyunting dan pemilik Huffington Post, Arianna Huffington dengan mengatakan,“Dalaman dan luaran @ariannahuff memang langsung tak menarik. Padanlah suaminya tinggalkan dia untuk bersama lelaki lain – dia memang layak menerimanya.”

Jika diteruskan berperangai begini, alamatnya memang selama-lamanyalah Trump tidak akan sepopular Obama dalam kalangan rakyat AS, terutamanya kaum wanita! – MYNEWSHUB.CC

Kategori