Video: Belasah Cashier Lepas Tak Dapat Berhutang

KLANG – Video sekumpulan lelaki mencetuskan rusuhan secara ‘berjemaah’ di sebuah restoran di Bukit Tinggi, di sini tersebar meluas di media sosial.

Dalam kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 250 pagi Isnin itu, ia melibatkan enam individu yang dipercayai berusia lingkungan 20-an.

Menurut sumber, insiden tercetus selepas kumpulan berkenaan tidak berpuas hati apabila permintaan mereka untuk berhutang ditolak mangsa yang merupakan penjaga kaunter.

Dalam rakaman berdurasi 29 saat itu, mangsa dilihat  cuba mempertahankan diri setelah dibaling kerusi dan topi keledar selain ditendang secara bergilir-gilir.

Dua lagi suspek turut memukul kepala mangsa termasuk memecahkan kaca peti yang menjadi tempat simpanan barangan basah restoran sebelum beredar.

Berikutan kejadian itu, polis yang menerima laporan kejadian telah bertindak memberkas seorang suspek berusia 24 tahun di Jalan Seruling sekitar jam 9.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shmsul Amar Ramli berkata, identiti dua lagi suspek yang masih bebas sudah dikenal pasti dan empat lagi suspek masih diburu polis

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK) kerana merusuh menggunakan senjata. – MYNEWSHUB.CC

Loading...