Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syarikat Pos & Kurier...

CYBERJAYA - Sektor pos dan kurier negara disasarkan mengendalikan 1.0 bilion bungkusan setahun...

AS Beri Amaran Kepada...

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kelmarin bahawa ia akan mengenakan lebih...

Buaya Cuba Makan Kura-Kura,...

BUAYA sememangnya memiliki sifat ganas dan menggerunkan namun apabila menyentuh soal makanan, haiwan reptilia...

Daiyan Trisha Sahkan Bakal...

KUALA LUMPUR - Pelakon utama filem Busker, Daiyan Trisha, 25, mengesahkan bakal melangsungkan...

Video Asyik Bergelek, Fasha Sandha Tak Kisah Dikecam

SELEPAS video ‘asyik’ pelakon Lara Aishah, Fasha Sandha mendapat lebih 350,000 tontonan beberapa hari lalu, sekali lagi dia dihujani dengan perbalahan netizen dalam ruangan Instagram.

BACA : Video Gelek Fasha Curi Perhatian Ribuan Tontonan

Video yang memaparkan Fasha begitu ‘asyik’ bergelek sambil menyanyi bersama kedua-dua cahaya matanya menjadi tular baru-baru ini sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Fasha berkata, dia tidak berasa terganggu berikutan komen negatif tersebut kerana Instagram adalah satu platform peribadi untuk dia berkongsi banyak perkara.

“Instagram saya, terpulang pada saya untuk menulis apa sahaja yang saya rasa dan kalau ada yang tidak suka boleh unfollow!

“Bagi saya tidak menjadi kesalahan untuk meluahkan perasaan di laman sosial sendiri, bukan hanya untuk menunjukkan perkara yang baik-baik sahaja sebab saya pun manusia biasa,” katanya memetik portal online.

Tambahnya lagi, dia lebih suka mengelak daripada membaca komen-komen negatif kerana dia beranggapan golongan sedemikian sebagai orang yang keliru.

Bukan itu sahaja, dia juga mengatakan dahulu terdapat satu akaun yang dicipta oleh para haters. Dia turut mempersoalkan mana hilangnya akaun tersebut.


“Kalau dulu pernah ada akaun Facebook We Hate Fasha Sandha tapi sekarang ke manakah akaun itu?

“Bagi saya haters yang banyak menulis mengenai kita sebenarnya peminat, cuma mereka keliru,” ujar ibu tunggal ini.

Fasha memberitahu bahawa kini dia sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Syurga Kedua bersama Siti Elizad dan Zarul Umbrella. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Kategori