Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bungkusan Ganja Kepada Ahli...

SEPANG : Polis memaklumkan belum ada tangkapan berhubung kes bungkusan ganja yang dialamatkan...

Nombor Telefon Iklan Ah...

IPOH - Kebanyakan pemilik nombor telefon yang tertera pada 'banner' pinjaman wang tanpa...

American Idol Pengalaman Paling...

SIAPA tidak kenal Mariah Carey, penyanyi bersuara nada tinggi yang turut diketahui mempunyai...

Suasana Pilu Selubungi Bilik...

JEMPOL - Suasana pilu dan hiba menyelubungi perkarangan rumah mayat Hospital Jempol pagi...

Video: ‘Anjing’ Ini Yang Langgar Pakcik Saya…

KES langgar lari seperti tiada berkesudahan dan terima kasih kepada rakaman kamera litar tetutup (CCTV), kini lebih banyak bukti insiden kejadian itu berjaya direkodkan.

Terbaharu, rakaman video menunjukkan tindakan seorang pemandu kereta yang terus ‘cabut’ melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal tersebar di media sosial.

Menurut Syed Shafiq Al-Qadri, insiden terbabit berlaku pada awal pagi ketika mangsa yang juga bapa saudaranya sedang menunggang motosikal di Lebuhraya Mahameru untuk menuju ke pusat bandar.

“Mohon kongsikan video sehingga dapat tahu ‘anjing’ yang membawa kereta putih tersebut. Sekiranya ada maklumat atau boleh membantu mendapatkan kamera yang lebih jalas boleh pm inbox saya,” tulisnya sejam yang lalu.

Berdasarkan rakaman pendek berkenaan, kereta berwarna putih itu memandu secara laju sebelum merempuh mangsa yang sedang menunggang motosikal di bahagian kiri lebuh raya.


Menyedari kecuaian yang dilakukan, pemandu tidak bertanggungjawab itu dilihat terus memecut laju meninggalkan mangsa yang terkontang kanting tertiarap di bahu jalan.

Bagaimanapun nombor plat pendaftaran pemandu terbabit tidak berjaya diperolehi ekoran imej dan kualiti rakaman CCTV berkenaan yang agar kabur menyukarkan pemerhatian pihak berkuasa.

Difahamkan, bapa saudaranya itu mengalami kecederaan patah kaki dan masih menerima rawatan rapi di hospital, namun keadaannya dikatakan semakin stabil. – MYNEWSHUB.CC

Kategori