Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keselamatan Siber Lengkapi Usaha...

KUALA LUMPUR - Keselamatan siber perlu menjadi keutamaan setiap negara, terutama dalam perkara...

Polis Kesan Personaliti Media...

KOTA BHARU - Polis sedang mengesan beberapa individu yang juga personaliti media sosial...

Stacy Selamat Peluk Islam,...

HUBUNGAN cinta di antara penyanyi Stacy dan Akim Ahmad bukan lagi rahsia di...

1,021 Terima Darjah Kebesaran,...

Kuala Lumpur : Seramai 1,021 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan...

Video: Aksi Mat Redho Lepasi Halangan Ninja Warrior

SIAPA yang tak kenal Mat Redho, lelaki Malaysia pertama yang berjaya memasuki program hiburan-sukan-permainan televisyen, Sasuke Vietnam atau lebih dikenali sebagai Ninja Warrior.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan, 28, selepas aksi videonya melepasi semua halangan peringkat pertama program tersebar menjadi viral.

Untuk pengetahuan anda, Mat Redho yang juga merupakan bapa kepada seorang anak ini, sekali lagi berjaya membuktikan kehebatannya apabila lulus semua halangan peringkat kedua dan ketiga.

Dalam peringkat ketiga, Mat Redho perlu melepasi lima halangan yang kebanyakkannya menguji kekuatan tangannya.

Video aksi tangkas Mat Redho dalam peringkat ketiga kini turut tersebar menjadi viral di media sosial.

Rata-rata netizen dilihat memuji kebolehan, kepantasan dan semangat yang ditonjolkan Mat Redho ketika menyertai program itu.


Kejayaan ini sekali gus melayakkan Mat Redho bersama kumpulannya iaitu Team International ke peringkat seterusnya.

Apa pun, sama-sama kita doakan untuk anak muda ini berjaya hingga ke akhir program itu iaitu peringkat keempat.

Terdahulu, Mat Redho pernah memegang gelaran Juara Fear Factor Malaysia gandingan bersama pelakon Erin Malek. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori