Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gempa: Seluruh Kawasan Kundasang...

RANAU - Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah pada...

KPKT Ketat Syarat Mohon...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak bercadang mengubah Dasar...

69,675 Menanti Pengesahan Ujian...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 69,675 kes lagi sedang menanti keputusan ujian...

Skuad Pahang Mahu Julang...

TEMERLOH - Skuad Pahang menyasarkan untuk merangkul sekurang-kurangnya satu piala kejuaraan pada cabaran...

Video: Acu Pistol Pada Juruwang Tapi Lepas Tu…

MUNGKIN ini adalah salah satu daripada situasi paling menakutkan, iaitu apabila perompak mengacukan senjata secara tiba-tiba di hadapan anda.

Sudah tentu mustahil untuk mengetahui tindakan yang akan diambil melainkan ia benar-benar berlaku kepada anda bukan?

Namun lain pula ceritanya di sebuah kedai serbaneka di wilayah selatan Amerika Syarikat (AS) ini apabila seorang juruwang melakukan tindakan yang diluar jangkaan ketika berdepan dengan cubaan rompakan bersenjata.

Memetik laporan Dailymail, Jayson Shipp, 26, hanya bersikap tenang ketika berdepan dengan seorang perompak yang bersenjatakan sepucuk pistol dalam kejadian 4 Disember lalu di sebuah cawangan Walgreens, wilayah Weston, Florida.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), seorang lelaki yang memakai jaket hud berwarna merah pada mulanya dilihat memasuki premis berkenaan dan dia melalui  laluan pengimbas barangan.

Lelaki itu kemudian menyambar beberapa makanan ringan sebelum menuju ke kauter bayaran dan selepas itu dia dilihat menurunkan hud jaketnya bagi menyembunyikan wajah.

Apabila Jayson mengambil barangan lelaki itu untuk melakukan semakan harga, penjenayah itu secara tiba-tiba menarik sepucuk pistol lalu mengacukan kepadanya.

“Keluarkan semua wang jika anda tidak mahu ditembak,” kata penjenayah itu.

Namun situasi yang berlaku seterusnya pasti tidak dijangkan oleh penjenayah terbabit apabila Jayson memberitahu kepadanya “Tiada apa-apa di sini,” sambil merenung tajam wajah lelaki itu.

Penjenayah itu berulang kali membuat tuntutan kepada Jayson yang hanya merenung dengan pandang kosong kepadanya, tanpa mengugut untuk menghubungi polis atau mendapatkan bantuan.


Perompak itu juga seolah-olah ‘terpaku’ seketika melihatkan keberanian Jayson yang tetap merenung wajahnya.

Kecewa dengan rancangannya yang tidak menjadi, lelaki itu kemudian menyambar beg plastik berisi makanan ringan itu sebelum dilihat beredar meninggalkan premis.

Suspek dikatakan telah melarikan beberapa paket makanan ringan yang hanya bernilai kira-kira US$6 (RM24.50).

Rata-rata netizen yang menonton rakaman berdurasi kurang seminit itu mendakwa sekiranya juruwang itu tidak bersikap tenang, siapa tahu mungkin lebih banyak wang atau barangan dibawa lari.

Namun dalam situasi ini mujurlah tiada perkara buruk berlaku kepada mangsa apabila perompak terbabit terus melangkah pergi.

Ketika ditemui pemberita, Jayson menjelaskan mengapa dia dapat mengekalkan ketenangannya ketika menghadapi keadaan mencemaskan itu.

“Secara jujur ​​saya tidak nampak sebab. Dia kelihatan seperti seorang amatur,” katanya.

Sementara itu menurut seorang jurucakap polis, lelaki itu tidak semestinya amatur kerana pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian rompakan yang serupa di kawasan itu.

Malah, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai identiti penjenayah itu turut ditawarkan wang ganjaran.

Polis juga mengingatkan bahawa tindak balas pasif seperti yang ditunjukkan Jayson mungkin tidak berlaku pada setiap keadaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori