Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Clare Masih Lagi Tidak...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Editor...

Isyana Pendam Hasrat Duet...

PENYANYI baharu kelahiran negara jiran, Indonesia, Isyana Sarasvati sama seperti penyanyi lain sama...

Golf Harus Jadi Sukan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golf bukan...

Isu Kedah Mahu Beli...

ALOR SETAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah...

Veteran UMNO Kesal Dengan Sikap Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO kesal dengan tindakan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang didakwa mengemukakan rayuan untuk membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie seperti dilaporkan Selangor Press.

Veteran UMNO dalam satu kenyataan di media sosial menganggap tindakan Mohd. Asri itu jika benar melampau dan melepasi batas susila sebagai seorang mufti kerana menyanggah keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-92.

“Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-92 yang bersidang pada 15 – 17 Disember 2010 memutuskan bukan Islam tidak boleh menjadi peguam syarie.

“Mohd. Asri bukan sahaja membelakangi keputusan itu tetapi cuba memperkecilkan fatwa itu. Ternyata Mohd. Asri sudah sesat didalam tindakannya dan sudah melampaui batasan tugasnya sebagai seorang mufti,” dakwa Veteran UMNO.

Beberapa media semalam melaporkan Mohd Asri mengemukan surat rayuan kepada pejabat Ketua Hakim Syariah pada 4 Mei lalu agar permohonan peguam Victoria Jayaseele Martin untuk menjadi peguam syariah diluluskan.

Jabatan Mufti Perlis juga didakwa telah menerima permohonan peguam itu untuk menjadi peguam syariah di negeri tersebut.

Mufti Perlis itu juga dilaporkan menggesa agar Ketua Hakim Syariah mempertimbangkan menemuduga Martin sama seperti calon-calon peguam Islam yang lain.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada surat rayuan yang didedahkan kepada umum itu sahih atau sebaliknya kerana Mohd. Asri belum memberi respons terhadap isu yang dibangkitkan itu di laman Facebooknya seperti yang sering beliau lakukan sebelum ini.

Dalam pada itu, Veteran UMNO mencabar Mohd. Asri supaya meletak jawatan sebagai Mufti Perlis dan mendesak supaya kerajaan Perlis memecat beliau sebagai mufti negeri itu.

“Sudah jelas tindakan Asri menjatuhkan kesucian agama Islam dan mencemar nama Tuanku Raja Perlis sebagai Ketua Agama Islam.

“Tindakan yang tidak mengikut lunas Islam didalam membela Victoria Martin untuk menjadi peguam syarie memalukan umat Islam negara ini. Hanya mufti tidak siuman sahaja yang bertindak membelakangi kepentingan agama,” dakwa Veteran UMNO. -MYNEWSHUB.CC

Kategori