Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Mungkinkah Ini Iklan...

BUKAN hanya 'menyakitkan' pandangan malah tanpa segan silu cuba menyuntik jarum perosak ke...

Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya...

PUTRAJAYA: Pusat beli-belah Alamanda yang juga antara pusat perniagaan pertama di Putrajaya akan...

Denda RM50,000 Individu Potong...

PUTRAJAYA - Mana-mana individu yang melompat giliran bagi cuba mendapatkan vaksin COVID-19 dalam...

Afdlin Shauki Tegur Pihak...

PETALING JAYA - Pelakon Afdlin Shauki berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan mencari...

Veteran ATM Harus Kekal Relevan Meskipun Bersara – Zulkifli

KUALA LUMPUR – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) haruslah bersifat kekal relevan meskipun telah melangkah ke alam persaraan.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata warga ATM perlu menjaga hubungan antara satu sama lain sebagai asas angkatan yang berkredibiliti dan memelihara ukhuwah yang harmoni.

“Oleh itu, ATM amat mengalu-alukan penglibatan seluruh veteran ATM untuk memberi pandangan dan idea terutamanya dalam menentukan semangat dan etos kepahlawanan seluruh warga agar terus berkobar-kobar demi memperkasa angkatan ini.

“Selain itu, ATM berharap semua warga veterannya akan menjadi mata dan telinga bukan sahaja daripada sudut keperluan kebajikan tetapi juga untuk menyalurkan maklumat-maklumat penting akan isu keselamatan negara agar langkah mitigasi yang proaktif dapat diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Wisma Perwira ATM, Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Seramai 155 veteran ATM yang pernah berkhidmat dan berjuang menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Kalimantan Utara (PPKU) dari tahun 1969 hingga 1990 menerima Pingat Jasa Malaysia pada majlis itu.

Zulkifli berkata demi membina negara tercinta, pengkisahan sejarah wajar dikongsi secara berterusan agar generasi baharu tidak ketandusan inspirasi daripada sejarah perjuangan generasi terdahulu.


“Justeru itu, saya menyeru kepada tuan-tuan semua agar sentiasa sudi untuk terus berkongsi pengalaman tentang sejarah perjuangan yang telah dilalui, demi menegakkan syiar negara berdaulat kepada anak-anak muda generasi baharu kita,” katanya.

Zulkifli berkata pemilihan veteran-veteran ini merupakan simbolik pengiktirafan Raja-raja Melayu dan kerajaan, serta nilai kenangan budi daripada perkhidmatan atas lakaran sejarah pengorbanan dalam menjunjung tinggi kewajipan sepanjang perkhidmatan dalam ATM.

“Pingat yang disematkan pada hari ini adalah lambang yang mewakili pengorbanan dan pengiktirafan ini pasti menyemarakkan lagi azam, semangat dan iltizam para veteran untuk terus memberikan sumbangan dan jasa bakti dalam lapangan lain,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ATM

Kategori