Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berhemah, Jangan Melatah Dalam...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak...

Bahas RUU 355 Disambung...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat sesi terakhir hari ini berakhir dengan suasana...

Kargo Tergelincir: Komuter Stesen...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan KTM Komuter bagi semua laluan dari Stesen KTM Bank...

65 Penumpang Cedera LRT...

KUALA LUMPUR - Seramai 65 penumpang termasuk enam warga asing yang cedera dalam...

VAR Bikin Piala Dunia Kali Ini Jadi Huru-Hara

MOSCOW – Jika sistem video bantuan pengadil (VAR) dicipta untuk memadamkan kontroversi dalam bola sepak, maka sebaliknya yang berlaku ketika Portugal terikat 1-1 dengan Iran dalam aksi penuh dramatik Piala Dunia, awal pagi tadi.

Penalti masa kecederaan yang diperoleh Iran hingga membawa kepada keputusan seri, ditambah hanya kad kuning buat Cristiano Ronaldo selepas dia dilihat sengaja menyiku pemain lawan, akan menjadi bualan hangat peminat mahupun pengkritik.

FIFA sebelum ini pernah berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya VAR digunakan sekali dalam empat perlawanan berbanding setiap aksi.

Tetapi di Saransk, tiga keputusan pengadil dibuat selepas merujuk VAR dan ia pantas mencetuskan percanggahan pendapat.

Penggunaan VAR beberapa kali membawa kepada kegagalan pemain mengawal emosi yang menyaksikan ada yang ditimpa kecederaan selain perdebatan dengan pengadil.

Peraturan FIFA menyatakan, pemain seharusnya dilayangkan kad kuning sekiranya membuat isyarat televisyen bagi meminta VAR tetapi itu tidak menghalang mereka daripada memberi tekanan secara lisan kepada pengadil Paraguay, Enrique Caceres.

Pada aksi pagi tadi, Caceres berdepan tekanan buruk yang dicipta pemain kedua-dua pasukan.

VAR dirujuk buat kali pertama pada minit ke-50 apabila Ronaldo mendapat bola di kawasan penalti Iran, mengatasi satu pertahanan dan secara tiba-tiba terlihat seperti menjatuhkan badan.


Pengadil awalnya mengarahkan dia supaya bangun tetapi menukar keputusan apabila meneliti rakaman VAR. Bagaimanapun, penalti yang dihadiahkan itu gagal disudahkan Ronaldo.

Ronaldo sekali lagi ‘terpalit’ dengan isu VAR pada minit ke-81, kali ini dalam pergelutan bola bersama Morteza Pouraliganji yang terjatuh dan di protes pemain Iran.

Ulang tayang televisyen menunjukkan Ronaldo menyiku Pouraliganji – kesalahan kad merah – dan pengadil memilih untuk melihat rakaman insiden berkenaan di tepi padang.

Sebaik kembali ke dalam padang, beliau hanya melayangkan kad kuning berbanding kad merah buat kapten Portugal itu.

Kontroversi itu tidak terhenti setakat itu saja dan tiba giliran Iran pula dihadiahkan penalti hasil bantuan VAR selepas bola tandukan Sardar Azmoun terkena tangan Cedric Soares.

“Dalam peraturan, kesalahan menyiku adalah kad merah, tidak peduli sama ada Lionel Messi atau Ronaldo,” kata pengendali Iran, Carlos Queiroz yang menganggap keputusan memberikan VAR dilakukan secara tidak telus. – Reuters

Kategori