‘Vape’ Bantu Berhenti Merokok

LONDON – E-rokok hampir dua kali ganda berkesan membantu perokok sebagai pengganti rawatan nikotin seperti tampalan, lozeng dan gam, menurut keputusan percubaan klinikal.

Kajian yang membabitkan hampir 900 perokok itu mendapati, 18 peratus pengguna e-rokok bebas dari rokok selepas setahun, berbanding 9.9 peratus yang cuba berhenti menggunakan produk lain.

“Ini adalah berita baik untuk perokok yang mahu berhenti merokok. Bukti ini persuasif,” kata Richard Miech dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat yang mengkaji e-rokok tetapi tidak terbabit dalam percubaan berkenaan.

E-rokok tidak mempunyai tembakau tetapi mengandungi cecair nikotin yang disedut pengguna di dalam wap.

Pakar kesihatan berpendapat, penggunaan e-rokok atau ‘vape’ adalah cara berkesan untuk perokok menghentikan ketagihan tembakau, tetapi komuniti saintifik mempunyai pendapatnya berkaitan manfaat kesihatan kepada masyarakat.

Sebahagian penyelidikan sebelum ini mengatakan e-rokok mungkin membantu perokok untuk berhenti, tetapi kajian lain menimbulkan kebimbangan mengenai penggunaannya dalam kalangan remaja. – Reuters

Loading...