Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sekolah Di Putrajaya Tidak...

PUTRAJAYA - Semua sekolah di Putrajaya tidak lagi melaksanakan sistem pengasingan kelas mengikut...

Terlanggar Anak Lembu, Wanita...

GUA MUSANG - Seorang wanita yang terlanggar anak lembu berkeliaran di jalan Gua...

Spiderman Pun Tunai Kewajipan...

KUCHING - Bagi umat Islam yang sibuk dengan urusan harian, mungkin kisah Spiderman...

Wow! Jam Pintar Apple...

SYARIKAT paling bernilai di dunia, Apple telah pun menjadualkan sebuah acara khas pada 9 Mac...

Vaksin Dibuka Kepada 40,000 Pekerja Sektor Pembinaan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada 40,000 pekerja dalam sektor pembinaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata program itu adalah bagi mempercepatkan kadar vaksinasi barisan hadapan ekonomi. 

“KKR sudah membentangkan cadangan pelaksanaan program vaksinasi kepada sektor pembinaan kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) pada 14 Jun lalu dan ia sudah dipersetujui.

“Melalui program ini, pihak swasta perlu menyediakan dan membiayai sendiri pasukan petugas dan pegawai perubatan bertauliah serta pusat pemberian vaksin (PPV), manakala bekalan serta penghantaran vaksin akan diberikan secara percuma oleh kerajaan.

“Dalam hal ini, CIDB akan menyelaras dan memudah cara pelaksanaan program pemberian vaksin bagi pihak industri pembinaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Fadillah berkata, program vaksinasi barisan hadapan ekonomi sektor pembinaan itu adalah sebahagian daripada sumbangan CIDB dalam membantu penggiat industri pembinaan terutamanya pada waktu yang mencabar ini.

“Justeru, caj pemberian vaksin yang akan dikenakan melalui program ini adalah sebanyak RM140 seorang untuk dua dos suntikan vaksin yang lengkap.

“Bagi meringankan beban kewangan di pihak industri, CIDB akan memberikan subsidi RM50 untuk seorang pekerja dan juga menawarkan premis CIDB sebagai PPV secara percuma,” katanya. 


Katanya, ini bermakna majikan di dalam sektor pembinaan hanya perlu membayar RM90 untuk setiap seorang pekerja yang divaksin. 

“Penyertaan untuk program ini adalah secara sukarela dan dalam hal ini penggiat industri pembinaan boleh memilih untuk mengadakan program pemberian vaksin sendiri kepada pekerja mereka dengan berurusan secara terus dengan CITF,” katanya. 

Katanya, program pemberian vaksin yang akan diselaraskan oleh CIDB itu menyasarkan pekerja sektor pembinaan dan akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30 Jun ini dan diikuti seluruh Selangor pada 14 Julai. 

Sehubungan itu, penggiat industri pembinaan yang mahu mendaftarkan pekerja mereka dalam program pemberian vaksin terbabit boleh berbuat demikian mulai 21 Jun ini. 

Pendaftaran itu boleh dibuat melalui laman sesawang http://vaccine.cidblink.com atau menghubungi talian 03-40428880 untuk pertanyaan. – BH Online

Kategori