Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Operasi Pembenihan Awan Di...

KUALA LUMPUR - Operasi pembenihan awan (OPA) di Sabah dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi...

Kucing Diiktiraf Sebagai Pelajar...

SERING berlegar dan kadang kala turut sama mengikuti pembelajaran di Sekolah Tinggi Leland,...

Cemburukan Isteri, Anggota Polis...

Gara-gara terlalu tertekan dengan masalah rumah tangga, seorang suami merangkap anggota polis bertindak...

GAMBAR: Ngeri.. Langgar Sampai...

Seorang lelaki yang dipercayai sedang mabuk menerima padah apabila maut sehingga putus kepala...

Vaksin COVID-19 Selamat, Tiada Mikrocip – Dr Rohaizat

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon berkata, vaksin COVID-19 adalah selamat dan tidak mengandungi mikrocip yang akan mengawal minda manusia.

Menjawab persoalan berhubung teori konspirasi yang mendakwa vaksin berkenaan mengandungi mikrocip, Dr Rohaizat berkata, kaedah Messenger RNA (mRNA) yang digunakan dalam penghasilan vaksin sudah terbukti selamat dan berkesan.

“mRNA adalah sangat kecil, kita tidak boleh memasukkan mikrocip di dalamnya dan juga ia tidak berinteraksi dengan genom manusia,” katanya dalam rancangan Bernama TV’s Mid-day Update dikendalikan Jessy Chahal, hari ini.

Justeru, beliau menggesa masyarakat mempercayai mesej rasmi atau maklumat daripada laman rasmi kerajaan dan kajian literatur yang boleh dipercayai berkaitan vaksin.

Katanya, orang ramai boleh merujuk kepada Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang mengandungi maklumat termasuk jenis vaksin COVID-19 digunakan kerajaan, kemudahan penyimpanan vaksin dan pandangan sudut keagamaan mengenai panduan vaksin dan imunisasi. 


Buku panduan itu dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Dr Rohaizat berkata, vaksin COVID-19 tidak akan menyebabkan kesan sampingan berbahaya jangka panjang terhadap kesihatan.

“Setakat ini, kajian dari negara lain menunjukkan vaksin ini selamat. Sepanjang yang kita ketahui, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura mendahului kita (pelaksanaan program imunisasi), jadi Malaysia boleh mempelajari serta mengkaji semula prestasi, kekurangan dan pencapaian mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori