Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

12 Tertuduh Sokong LTTE...

KUALA LUMPUR - Dua belas individu yang didakwa menyokong LTTE termasuk ADUN Gadek,...

Consultant Concerns

The right type of academic writing aid is hard to find. When you...

“Patut Tak Perlu Dicalon,...

NAMPAKNYA 'perang dingin' Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME 2018) masih belum reda lagi...

Tahanan Rohingya Lari Didalangi...

ALOR SETAR: Persatuan Rohingya Malaysia Kedah mengesyaki tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri...

Vaksin Anti Rabies Percuma Di Miri Hujung Minggu Ini

MIRI – Kempen suntikan vaksin anti-rabies akan diadakan di beberapa tempat sekitar bandaraya selama dua hari mulai 13 Okt ini dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Jabatan Penerangan Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata pemilik anjing boleh mendapatkan vaksin anti rabies untuk haiwan peliharaan mereka dalam tempoh berkenaan di gelanggang bola keranjang Shell Lutong, Taman Awam Bumiko dan Taman Bulatan Miri Piasau Jaya.

“Keutamaan bagi kempen suntikan vaksin anti rabies ini akan diberikan kepada anjing sahaja, manakala bagi lain-lain haiwan peliharaan, pemiliknya diminta pergi terus ke Jabatan Perkhidmatan Verterinar pada waktu pejabat untuk mendapatkan suntikan secara percuma,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi pejabat Jabatan Perkhidmatan Verterinar dengan menelefon 085-411866 di Pusat Komersil Pelita, bersebelahan dengan Bank Rakyat di sini dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang antara Isnin sehingga Jumaat.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan negeri Piasau Datuk Sebastian Ting Chew Yew menerusi akaun Facebooknya berkata minggu lepas, kempen sama yang diadakan di tempat berkenaan menerima maklum balas yang positif deripada pemilik haiwan peliharaan, dengan 2,923 anjing dan kucing diberikan suntikan vaksin. – BERNAMA

Kategori