‘Vacuum Challenge’ Pula Jadi Tular

KEMUNCULAN pelbagai ‘challenge’ yang tular di laman sosial menyebabkan ramai yang mahu mencuba namun tidak semua cabaran tersebut selamat untuk dilakukan.

Ada antara cabaran tersebut membawa maut seperti ‘momo challenge’ tidak kurang juga yang mendatangkan bahaya seperti ‘birdbox challenge’ dan sebagainya.

Terkini, muncul pula ‘vacuum challenge’ juga dikenali sebagai ‘binbag challenge’.

Bagi melakukan cabaran ini, peserta perlu memasukan badan ke dalam plastik sampah hitam dengan hanya bahagian kepala kelihatan untuk membolehkannya bernafas.

Pembersih hampagas (vacuum cleaner) kemudian digunakan untuk menyedut keluar semua udara dari dalam plastik tersebut.

Ia menyebabkan plastik ‘mengecut’ lalu membalut ketat tubuh, dalam beberapa video, kelihatan peserta yang masuk ke dalam beg plastik sampah dalam posisi duduk, jatuh tergolek sebaik udara disedut keluar.

Trend terbaharu ini ternyata boleh mendatangkan kecederaan namun semakin ramai kanak-kanak dan juga golongan dewasa yang tidak mahu ketinggalan mencuba cabaran ini. – Agensi

Loading...