Usul Wajib Ahli Parlimen Isytihar Harta Diluluskan

KUALA LUMPUR – Usul mewajibkan semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing diluluskan sebulat suara pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong ketika menggulung usul itu berkata, ia adalah usaha pertama kerajaan pimpinan Pakatan Harapan bagi memastikan prinsip akauntabiliti dan ketelusan diamal secara lebih menyeluruh selain bertujuan menangani rasuah.

“Pembanterasan rasuah adalah paling penting bagi kerajaan Pakatan Harapan* usul ini juga menjadi langkah pertama dalam menangani isu rasuah dan akauntabiliti.

“Langkah-langkah lain akan dilakukan pada masa (lain) sesi persidangan Dewan Rakyat,” katanya.

Menurut Vui Keong, usul itu akan terpakai kepada semua ahli Parlimen dan suami atau isteri masing-masing, anak mereka berumur 21 tahun ke bawah, dan pemegang amanah berkaitan.

Loading...