Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Mendiang Marcos Menang...

MANILA : Anak kepada mendiang diktator Filipina Ferdinand Marcos berjaya mencatatkan kemenangan besar...

1,922 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 1,922 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,530,312.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Singapura Catat Pelbagai Kejayaan...

SINGAPURA - Singapura berjaya mencatat pelbagai kejayaan dalam tempoh 53 tahun sahaja, yang...

Imigresen Gempur PATI Bermula...

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen akan melaksanakan operasi gempur besar-besaran di seluruh negara bermula...

Usul Tukar Speaker Dewan Rakyat Ikut Perlembagaan

KUALA LUMPUR – Usul yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata usul itu tidak cacat dan diterima oleh Mohamad Ariff sendiri pada 29 Jun lalu, mencakupi tempoh 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

“Saya ingin memaklumkan usul ini dibuat berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan dalam Parlimen.

“Sebagai contoh, tidak pernah berlaku dalam negara ada Perdana Menteri interim, tetapi ia berlaku dan kita menerimanya.

“Jadi jangan hanya melihat Peraturan Mesyuarat kerana Peraturan Mesyuarat dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan berhubung usul supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat. – BH Online

Kategori