Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

SPRM Siasat Pembantu Politik...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang pembantu politik...

Longkang Tersumbat Punca Banjir...

JELEBU - Longkang tersumbat dan sungai cetek, selain jumlah hujan yang luar biasa,...

Dira Abu Zahar Nafi...

SEBELUM ini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa pelakon Dira Abu Zahar telah...

Kanak-Kanak Maut Akibat Alami...

SEORANG kanak-kanak di Kanada meninggal dunia akibat mengalami pendarahan selepas bersunat. Ryan Heydari bersunat...

Ustazah Hilang Ditemui Sesat Di Kuala Kangsar

LEGA… Guru Sekolah Kebangsaan Genting di Balik Pulau, Pulau Pinang, Nur Farhana Ibrahim yang hilang sejak empat hari lalu telah dijumpai di Kuala Kangsar, Perak dalam keadaan selamat.

Wanita tersebut yang merupakan pengajar Pendidikan Islam dan berusia 27 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 4.30 petang semalam. Jarak lokasi dia ditemui dengan sekolah tersebut adalah kira-kira 140 kilometer.

Media tempatan melaporkan bahawa kakak iparnya, Madihah Zawawi berkata, penemuan guru tersebut kemudian dimaklumkan segera oleh pihak polis Kuala Kangsar terus kepada keluarga mereka.

“Nur Farhana sekarang berada di Balai Polis Kuala Kangsar dan kami sekeluarga sedang dalam perjalanan ke sana. Kami amat bersyukur dia telah dijumpai dan kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih.

“Ini termasuk semua pihak yang berusaha bantu carinya,” kata Madihah ketika dihubungi sebuah akhbar. Guru itu dipercayai alami masalah kemurungan kerana perlu ulang-alik dari rumahnya di Alor Setar, Kedah ke Balik Pulau.

Dia hanya disedari hilang selepas gagal dihubungi suaminya kira-kira pukul 4.30 petang pada Isnin lalu kerana tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum lelaki itu mendapati isterinya tidak bawa telefon bimbit ke sekolah.


Pihak sekolah turut memaklumkan bahawa wanita tersebut mengajar seperti biasa pada Isnin, namun tidak hadir pada Selasa. Jarak antara sekolah itu dengan rumah guru berkenaan ialah kira-kira 200 kilometer.

Barangan peribadinya seperti beg duit, kunci kereta dan alat tulis milik guru itu didapati masih berada di atas meja di bilik guru selain keretanya ditemui berada di luar pagar sekolah selepas kehilangannya disedari.

Pihak berkuasa kemudian menggerakkan usaha pencarian Nur Farhana di sekitar kawasan sekolah termasuklah dengan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9). – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori