Ustaz Kazim Masuk Hospital

IPOH – Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi akibat beberapa komplikasi selepas menghadapi masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu.

Astro Awani melaporkan, perkara itu disahkan seorang pembantunya yang hanya mahu dikenali sebagai Amin.

Menurut Amin, dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, Ustaz Kazim mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kami telah merujuk beliau ke poliklinik minggu lepas dan diagnos awal ialah gastrik atas faktor puasa dan penggunaan ubat jantung.

“Sehingga semalam (Ahad), sakit masih tidak berkurangan dan kami telah merujuk beliau ke Unit Kecemasan sebuah hospital swasta di Ipoh,” katanya, di sini hari ini.

Ustaz Kazim melalui Facebook beliau malam tadi memuat naik gambarnya dirawat di hospital dan menulis status, “Terima kasih kepada semua sahabat yang bagi nasihat dan petua… Insya-ALLAH saya cuba amalkan.

“Harap-harap boleh tidurlah… kalau tak baring salah, duduk salah, ngiring salah… semua salah…Insya-ALLAH, malam ini harap-harap betul la…”

Menurut Amin, ujian sudah dilakukan dan keputusannya dijangka dikeluarkan esok (Selasa).

Katanya, buat masa ini, pendakwah itu berehat di rumah dan tidak dibenarkan menerima tetamu untuk ziarah kerana situasi negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya mohon tuan puan yang budiman untuk sama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kasim seperti sedia kala,” ujarnya.

Menurut Amin lagi, program LIVE di fanpage Facebook Ustaz Kazim akan diteruskan seperti yang dirancang. – Sinar Harian

Loading...