Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pendakwah tanah air, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Berita pemergian tokoh agama tanah air itu dikongsi laman Facebook rasmi Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.

“Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Datuk Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Semoga ALLAH SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi ALLAH SWT taala,” kata pusat perubatan berkenaan.

Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, Allahyarham dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Menurut laman Facebook berkenaan, Jenazah Allahyarham akan diuruskan dan disolatkan di Masjid as-Sobirin, Keramat Au5 jam 9 pagi ini.

Allahyarham yang dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Ulu Selangor merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. – Sinar Harian

Loading...