Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Didakwa Curang 6 Kali,...

PENYANYI yang semakin meningkat naik, Ismail Izzani menjadi sasaran ramai apabila seorang ‘Instafamous’...

Jepun Teruskan Pemburuan Paus...

TOKYO - Kerajaan Jepun mengumumkan semalam bahawa negara itu menarik diri daripada Suruhanjaya...

Insya-Allah BN, PAS Bersama...

KANGAR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama PAS yakin bakal membentuk kerjasama...

Atlet Muda Perlu Diberi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Sukan di negara ini yang sepatutnya memberi penekanan kepada...

Usia Bukan Halangan Roslan Aktif Di Instagram

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Roslan Saleh, menyifatkan usia tua bukan penghalang untuk dirinya aktif di laman sosial.

Menurut Roslan, 61, laman sosial, terutama Instagram, menjadi medium untuknya berkongsi rutin harian bersama orang ramai dan secara tidak langsung memastikan dirinya kekal relevan dalam industri seni tempatan.

“Antara sebab saya aktif di Instagram kerana mahu kekal relevan dalam industri. Bukan mudah untuk pelakon berusia terus diterima ramai, apatah lagi produksi mempunyai banyak pilihan lain.

“Justeru, apabila aktif di laman sosial, ia membuatkan diri kita sentiasa kelihatan. Ia turut membolehkan kita sentiasa mengikuti perkembangan terkini. Maklum sahaja, semua maklumat kini berada di hujung jari,” katanya yang menggunakan nama @paklansaleh di laman popular terbabit.

Bercakap kepada BH Online Roslan berkata, dia bersyukur apabila rezekinya dalam bidang lakonan masih luas, tidak seperti segelintir pelakon lama yang kian dilupakan.

“Alhamdulillah, rezeki saya masih ada dalam bidang ini walaupun saya terpaksa akur, pada bila-bila masa sahaja kudrat saya mungkin tidak diperlukan lagi.

“Sementara masih diberikan peluang berkongsi bakat dengan masyarakat, saya terus berusaha memberikan hasil lakonan terbaik,” kata pelakon Munafik 2, Senjakala, Damping Malam dan Men Who Save The World itu.


Dalam perkembangan lain, Roslan juga sibuk menguruskan perniagaan daging dendeng.

Katanya, sambutan terhadap produk diusahakannya itu lebih baik berbanding perniagaan pisang goreng yang turut dicubanya sebelum ini.

“Ramai juga yang memberikan maklum balas positif terhadap daging dendeng yang saya jual itu. Komen sedemikian membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berniaga.

“Selain itu, kekuatan mental dan fizikal juga memainkan peranan penting pada usia seperti saya ini. Mujurlah isteri dan anak turut memberikan sokongan dalam setiap perkara yang saya usahakan,” tuturnya. – BH Online

Kategori