Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Inflasi Malaysia Meningkat 4.4...

KUALA LUMPUR - Inflasi Malaysia meningkat 4.4 peratus kepada 127.9 pada Julai 2022...

Penjawat Awam Maut Dirempuh...

Seorang penjawat awam maut selepas kenderaan dinaiki bersama isteri dan anaknya bertembung dengan...

5 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima kluster baharu yang...

67 Suspek Pelbagai Kesalahan...

KUALA LUMPUR – Polis menahan 67 suspek atas pelbagai kesalahan termasuk lima suspek...

Usia 60 Tahun, Amy Bakal Timang Anak Lagi…

SUNGGUHLAH rezeki itu di tangan Tuhan… Pada usia 60 tahun, penyanyi legenda rock, Amy Search kini sekali lagi bakal menimang cahaya mata selepas isterinya, Norish Hassan telah disahkan hamil sebulan.

Amy yang juga merupakan bapa kepada pelakon Nabila Huda itu telah memaklumkan berita gembira tersebut melalui laman sosial Instagram miliknya semalam.

Penyanyi lagu Isabella itu meluahkan rasa kesyukurannya apabila Allah telah memakbulkan doanya untuk menimang cahaya mata pada usia 60 tahun.

“Isteri aku mengandung sebulan yeah! Aku selalu doa apabila aku berumur 60 tahun, nak seorang anak lagi.

“Anda semua (peminat) doakan aku berjaya. Saya cintakan awak sayang @qasander,” tulisnya dengan gembira semalam.

Malah, Amy turut memuat naik satu video ketika isterinya sedang menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesahkan kandungannya.


Selain berkongsi video pemeriksaan doktor, Amy dengan penuh rasa gembira turut menunjukkan dua batang alat uji kehamilan yang menunjukkan tanda positif kehamilan isterinya.

Dalam masa yang sanma, peminat turut memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu di ruangan komen serta mereka turut tumpang gembira dengan berita itu.

Baca: Usia Bukan Penghalang, Amy Tawan Gunung Annapurna

Pada Oktober 2003 lalu, Amy telah mendirikan rumah tangga dengan Norish dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13 dan Qaqa At-Tameemi, 9.

Pada bulan lalu, pasangan suami isteri itu baru sahaja menamatkan misi mereka untuk menawan Gunung Annapurna selepas ia telah berjaya dilaksanakan oleh Nabila Huda sebelum itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori