Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bulan Kebangsaan 2023 Dilancar...

Ipoh : Jalur Gemilang akan berkibar megah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru...

PRU15: Tanding Bebas Di...

TAMBUN : Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua secara automatik dipecat daripada parti...

Polis Tahan 10 Pati...

KOTA KINABALU - Polis menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi...

Bomba Komuniti Bantu Cegah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 70 pasukan Bomba Komuniti telah diwujudkan di ibu negara...

Usaha Negara Tangani Isu Keselamatan Sabah Berjaya

PAPAR – Usaha pihak berkuasa negara amat berjaya dalam menangani isu keselamatan di Sabah, khususnya di kawasan pantai timur negeri ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini.

Beliau berkata kejayaan itu berikutan kecekapan pihak berkuasa yang sentiasa menggerakkan usaha untuk menangani sebarang ancaman keselamatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat agar insiden pencerobohan pengganas seperti insiden di Lahad Datu pada 2013 tidak berulang.

“Kita (polis) yakin dengan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat jika ada elemen-elemen (yang mengancam keselamatan negara) menyusup masuk ke negara kita ini.

“Kita akan dapat menangani isu ini dengan berkesan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 414 pengawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Sabah yang masih dalam perkhidmatan di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata pihak berkuasa, khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan PDRM Negeri, sentiasa memberi perhatian khusus bagi mengekang cubaan pencerobohan anasir luar seperti kumpulan militan Abu Sayyaf, yang juga sedang diburu oleh pihak berkuasa negara jiran. – BERNAMA

Kategori