Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mendapan: Projek ECRL...

KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan tiada tanda-tanda mendapan atau...

Kenal Pasti 249 Pembantu...

KUALA LUMPUR — Kerajaan telah mengenal pasti 249 orang dalam kalangan anggota komuniti...

DHU Sedia Penuhi Permintaan...

KUALA LUMPUR - Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom (DHU), bersedia untuk memenuhi permintaan tinggi...

Video: Lucu, Lelaki Tak...

ENTAH nasib malang apa yang menimpa seorang lelaki ini apabila seluarnya secara tidak...

Usaha Kesan Jho Low Perlu Kerjasama Antara Negara

KUALA LUMPUR – Usaha mengesan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low di China perlu dilakukan menerusi kerjasama antara kerajaan dan bukannya secara peribadi, kata Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Adalah lebih baik sekiranya mereka yang mempunyai maklumat tertentu mengenai keberadaan Jho Low untuk bekerjasama dengan kerajaan, katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang berkata beliau secara peribadi sedia membantu mengesan Jho Low di China bagi menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Satu kenyataan menarik daripada beliau (Hishammuddin), tetapi jika beliau ada maklumat beliau boleh berikan pada pihak kerajaan itu cara terbaik untuk bawa pulang Jho Low yang diperlukan untuk siasatan.

“Perkara seperti ini perlu melibatkan kerjasama agensi antara Malaysia dan China dan ia juga melibatkan undang-undang, sepatutnya ini tidak menjadi satu usaha peribadi tetapi mesti diusahakan antara kerajaan dan kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong itu turut berkata beliau akan menggunakan hubungan baiknya dengan para pemimpin China untuk membawa pulang Jho Low yang dipercayai berada di republik itu untuk berdepan muka pengadilan berhubung penyelewengan dana 1MDB.


Sementara itu, ketika mengulas kenyataan bekas presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek yang berkata beliau akan membawa MCA keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya beliau masih mengemudi parti itu, Khairy berkata kenyataan itu tidak membawa apa-apa kesan kerana Chua tidak lagi memegang jawatan dalam MCA.

Sebaliknya, Khairy berkata beliau telah berbincang dengan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong yang telah memberikan komitmen untuk kekal dalam BN.

“Beliau (Wee) dah nyatakan beliau komited pada BN, yang mana merupakan kelemahan MCA dan UMNO dulu, kami akan tangani bersama-sama, janganlah cakap nak tinggalkan BN,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori