UPSR, PT3 Tahun Ini Dibatalkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi 2020 dibatalkan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin berkata, pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid selepas mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.

Beliau berkata, memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan itu yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

“KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan pun, akses murid kepada PdP tetap diberikan keutamaan.

“Keputusan ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, KPM ingin menegaskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada KKM dan MKN.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid,” katanya. – myMetro Online

Loading...