Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

34 Kes Hina Agama...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia menerima 34 kes melibatkan isu penghinaan agama...

Jangan Salahkan Negara Jiran...

KOTA BHARU - Jangan salahkan negara jiran sebagai punca peningkatan jangkitan HIV dalam...

Malaysia, Jepun Ganda Usaha...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Jepun telah mengesahkan komitmen untuk menggandakan usaha bagi...

PAS Cadang Perlembagaan Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan Perlembagaan Persekutuan...

UPSR Diganti Pentaksiran Berasaskan Sekolah?

PADANG TERAP – Kementerian Pendidikan akan mengadakan perjumpaan dengan semua pihak berkepentingan untuk memperhalusi cadangan menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peperiksaan awam untuk murid tahun enam itu bakal digantikan dengan mengikut sistem ujian baharu yang bakal dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Ujar beliau, sudah sampai masa ujian berorentasikan peperiksaan yang dilaksanakan pada masa ini dikaji semula bagi menilai pencapaian sebenar murid sekolah rendah secara lebih holistik dan bukan semata-mata akademik.

“Kita tidak patut fokus kepada keputusan akademik semata-mata untuk menilai pencapaian murid. Mungkin kita boleh menggunakan model yang diguna pakai dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3),” kata Mahdzir lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Masjid Baharu Kariah Pulau Kijang oleh Majlis Agama Islam Kedah, di sini hari ini.

Cadangan menggantikan UPSR kepada PBS ujar Mahdzir antara lainnya bagi memastikan psikomotor dan perkembangan murid tidak terjejas akibat tekanan kuat untuk mendapat keputusan cemerlang peperiksaan.

Ketika ini, keputusan peperiksaan dilihat sebagai kayu pengukur kepada pencapaian sesebuah sekolah sehingga menyebabkan murid agak tertekan kerana perlu mengejar jumlah gred ‘A’ yang banyak dalam slip keputusan.

“Dari segi psikomotor dan perkembangan kanak-kanak, dia agak tertekan kerana guru sekolah selalu minta 5A, ibu bapa pun minta 5A, sampai sanggup hantar anak ke kelas tuisyen siang malam… Jadi, kita hendak ubah sikit.

“Zaman ini bukan lagi mahu tengok kepada keputusan peperiksaan tetapi pencapaian sebenar pelajar, kalau boleh peperiksaan masih ada, namun ia tidak mewakili semua pencapaian,” kata Mahdzir.

upsr

Antara kaedah yang boleh digunakan adalah penilaian sama rata iaitu 50 peratus peperiksaan dan akademik manakala baki 50 peratus lagi dinilai melalui displin, kehadiran, kokurikulum dan sukan seseorang murid itu.

Mahdzir berkata cadangan menggantikan UPSR kepada PBS sudah beberapa kali dibangkitkan tetapi, ia perlu diperhalusi secara terperinci dan kini sudah berada di peringkat akhir kajian oleh pihak kementerian.

Ketika ini, katanya lagi, kementerian tersebut giat mengumpul pelbagai pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan termasuk guru dan ibu bapa sebelum ia mula dilaksanakan.


“Apabila sampai masanya kita akan putuskan apakah kaedah PBS yang lebih sesuai untuk pelajar sebab di negara maju, peperiksaan hanya untuk tingkatan tertinggi di sesebuah sekolah,” kata Mahdzir.

Ditanya mengenai bentuk ujian untuk pelajar memasuki Sekolah Berasrama Penuh sekiranya UPSR dimansuhkan, beliau berkata, kementerian itu akan memikirkan ujian lain berbentuk ‘one-off’ yang sesuai untuk mereka.

Program pengujian UPSR mula diperkenalkan pada 1987 lalu bagi menggantikan format Peperiksaan Penilaian Darjah Lima dan ia berdasarkan kepada sukatan baharu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Peperiksaan terakhir untuk murid sistem pendidikan rendah itu mengandungi enam kertas wajib iaitu Kertas 1 dan Kertas 2 masing-masing untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Manakala bagi calon sekolah aliran vernakular, mereka turut menduduki kertas tambahan untuk Bahasa Cina dan Tamil. Pada 1995, format subjek Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan yang berbentuk subjektif.

Bagi penambahbaikan bermula pada 2001, penilaian itu turut merangkumi aktiviti kerja sekolah disiapkan setiap calon. Sepanjang 30 tahun pelaksanaan, UPSR pernah ‘bocor’ pada 2014 melibatkan empat kertas berbeza.

Ura-ura ‘pemansuhan’ UPSR telah dibangkitkan pada 2010 oleh menterinya ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana aspek pembelajaran semasa yang dilihat lebih berorientasikan kepada keputusan peperiksaan sahaja.

Namun hanya Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar tingkatan tiga sahaja kemudian dimansuhkan dan digantikan kepada PT3 mulai 2014 lalu yang berasaskan kepada sistem PBS. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPSR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori