Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemimpin & Anggota PKR...

KUCHING – Para pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihati supaya menghormati...

Klip Video: Penyanyi Rap...

GEORGE TOWN - Seorang penyanyi rap kontroversi ditahan reman selama empat hari bermula...

Macam Tragedi Ribut Tropika...

KENINGAU - “Saya cuma fikir mahu selamatkan diri dan anak selepas melihat arus...

Air Pasang Merah: Penduduk...

LABUAN: Jabatan Perikanan Labuan menasihati penduduk di pulau bebas cukai ini supaya mengelak...

UPSI Bantu Lahir Guru Berkualiti, Kreatif

KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sedang merancang penganjuran Seminar Pedagogi Abad ke-21 pada 15 Disember ini bertujuan membantu para guru menjadi lebih kreatif dalam pengajaran.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kesemua peserta akan diberi pendedahan tentang kaedah pembelajaran terkini bersesuaian dengan peredaran masa yang mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk ke sekolah.

“Seminar ini bakal membuka peluang kepada semua guru untuk mempelajari teknik-teknik serta idea- idea kreatif yang terkini dalam pembelajaran sama ada dalam negara mahupun dari luar,” katanya pada sidang media mengenai Seminar Pedagogi Abad Ke-21, semalam.

Katanya, penganjuran seminar itu merupakan antara inisiatif yang diambil UPSI bagi meningkatkan sistem pendidikan negara dalam melahirkan golongan pendidik yang berkualiti.

Menyasarkan penyertaan seramai 400 orang dalam kalangan, guru, pensyarah serta bakal graduan pendidikan, seminar tersebut akan membincangkan sistem penilaian tanpa peperiksaan, pembelajaran yang menyeronokkan di peringkat sekolah rendah dan cabaran mendepani generasi akan datang.


Seminar berbentuk perbincangan dan perkongsian tersebut akan turut mengumpulkan tenaga pengajar yang cemerlang di negara ini dan luar negara seperti Jepun dan Finland.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut seminar berkenaan, hubungi Bahagian Komunikasi Korporat UPSI di talian 05-4506000 atau emel kepada [email protected]. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPSI

Kategori